Connect with us

#MalaysiaBaru

[VIDEO] Detik-detik Farizal Tenang Selamatkan Gawang Dari Sepakan Penalti Indonesia

Malam ini pastinya rakyat Malaysia bergembira dengan aksi terbaik yang dipersembahkan oleh pasukan Harimau Malaya.

Pasukan negara telah berjaya menumpaskan Indonesia 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Safawi Rasid menjadi bintang tumpuan apabila menjadi penjaring kedua-dua gole sekaligus memberikan 3 mata buat pasukan.

Rata-rata peminat bola sepak tempatan menyebut-nyebut kehebatan Safawi pada malam ini.

Namun begitu, tidak dilupakan juga penjaga gol kebangsaan yang turut ‘perform’ apabila berjaya menyelamatkan gawang dari serangan pemain Garuda.

Farizal Marlias berdepan detik cemas apablia pasukan Indonesia dianugerahkan sepakan penalti.

Walau bagaimanapun, Farizal dengan tenang berjaya mematahkan harapan Indonesia untuk mendapatkan gol.

Video Farizal Marlias selamatkan gawang gol sepakan penalti Indonesia

Perlawanan telah berakhir dengan aman tanpa sebarang insiden yang tak diingini dan Indonesia nampaknya terpaksa akur dengan kekalahan berturut-turut dalam lima perlawanan.

Malaysia berjaya menambah tiga lagi mata dengan kemenangan pada malam ini dengan menjadikan sembilan kutipan selepas menamatkan lima perlawanan.

Keputusan ini juga mencerahkan peluang ke Pusingan Akhir Piala Asia 2023 di China.

Selepas menentang Indonesia, Malaysia dijadualkan berdepan UAE di Dubai pada 26 Mac 2020, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020, sebelum menamatkan aksi pusingan kelayakan menentang Thailand pada 9 Jun 2020 di tempat lawan.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat pasukan negara dan diharapkan dapat meneruskan momentum kejayaan seperti ini di perlawanan akan datang.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.