Connect with us

Selebriti

“Saya redha dalam paksa” Ini Luahan Isteri Pertama Daie

Dalam minggu ini telah tular di media sosial apabila juara Da’i musim kedua, Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad mengumumkan perkahwinan keduanya bersama seorang janda anak lapan.

Perkara tersebut telah menarik perhatian ramai netizen sehingga ada individu yang mendakwa bahawa perkahwinan kedua Da’i itu tidak mendapat keredhaan dari isteri pertamanya.

Namun begitu, tampil menjelaskan isu tersebut, isteri pertama Da’i Farhan telah memuatnaik satu perkongsian di laman Facebooknya.

Assalamualaikum Wbt. Kepada netizen yang saya hormati, para pembaca media sosial yang setia, serta sahabat-sahabat penyokong yang mendoakan kebaikan dan berdiri di belakang saya.

1- Post ini saya karang sejurus saja balik dari klinik, check up bayi dalam kandungan. Alhamdulilah semuanya baik-baik saja. Cuma saya dinasihatkan agar menjaga emosi, tenangkan diri & kurangkan strress.Tapi sejujurnya saya tidak dapat bertenang apabila handfon berbunyi dari semalam dan mesej bertubi-tubi masuk ke inbox.

2- Semua itu berlaku sepantas kilat selepas post yang dimuatnaik oleh sahabat saya sendiri iaitu Ches Al-Maliki. Kini saya tengok sudah mencapai ribuan like & share (still counting).

3- Hasil daripada post beliau, pertama, ada yang kecamm saya kerana lembik, membiarkan suami buat begitu kepada saya. Yang kedua, org kecaam suami saya kerana ‘menunggang agama’ dan menganiayaai saya.

4- Demi sedikit ketenangan dan anak dalam kandungan ini serta keluarga kecil kami yg kini berkembang menjadi besar, saya terpanggil untuk membuat kenyataan dari hati saya sendiri, memandangkan ramai yang tertanya-tanya & ramai yang silap dalam menilai kerana mendengar kenyataan dari pihak ketiga bagi saya sudah basi.

5- Suami saya memaklumkan dari awal hasrat dia untuk berkahwin. Akad nikah yang diadakan di mekah saya tahu dari IBU mertua saya.

Tipulah kalau nak cakap saya tak kecewa, tipulah kalau saya tak marah, tipulah kalau saya tak strress. Saya manusia biasa. Bila tahu saja berita tu, terasa mcm hilang arah.

Family dah maklum. Cuma family kami cuba merahsiakan hal ni.

Dan saya maklum pd Kak Ches yg bukan ahli keluarga sy sendiri, kerana saya percaya pada dia sebagai sahabat baik dan saya tahu tindakan suami saya itu tidak betul, tapi apa yang saya perlu pada ketika itu adalah teman berbual & telinga yang mendengar.

6- Soal rumah tangga kami, sebenarnya kami dah bertemu mata, bercakap dari hati ke hati, saling bermaafan, benda ni dah 2 bulan berlalu dah pun.

Saya bahagia dengan anugerah permata hati kami skrg. Saya pun serah pada takdir apa yg terbaik.

7- Kami sendiri sepakat merujuk pada pihak yang layak, salah seorangnya ayah mertua saya sendiri, kami bincang satu-satu, kami minta nasihat, kami cermati satu-satu apa tindakan yang perlu saya buat.

8- Ujian berat & titik persefahaman.

Ujian ini berat. Apa yg menimpa ini memang berat.

Tapi benda boleh pikul, buat apa kita nak lepas. Benda boleh bincang, kenapa kita nak gaduh. Benda boleh sepakat, kenapa kita nak akhiri dengan penceraian.

Pada mulanya saya redha dalam paksa. Saya fikir begitu & alhamdulillah sekarang saya dah dapat laluinya pun dengan baik. Alhamdulillah. Allah beri kekuatan pada saya, saya buat rutin macam biasa xda ape2 yang berlaku. Saya seronok dgn kerjaya saya. Alhamdulilllah, lama-lama semua baik.

9- Kepada keluarga & rakan yang tidak terima dan tidak setuju,
Saya hargai anda yang stand untuk saya. Saya tahu, adik-beradik saya, keluarga saya tidak setuju tindakan saya yang menerima Poligami. Ketahuilah rakan-rakan & keluarga yang saya sayangi, berat mata memandang, berat lg bahu saya yang memikul beban ini.

Tapi percayalah, keadaan yang keruh, tidak akan jernih sekiranya kita berterusan begini. Saya ada pendirian saya, minta kalian semua hormat dgn pendirian ini. Saya sayang kalian semua. Terima kasih berada dibelakang saya beri sokongan yang tiada henti. Kata semangat yang tak putus. Saya terharu.

10- *Public Post oleh kak Ches – Maliki.*

Kepada Kak Ches, saya sayang akak. Saya tahu akak akan stand untuk saya, sebab itu saya mengadu dengan akak.

Cuma saya tidak menjangka akak akan tulis kenyataan dipublic post begitu yang mengundang pelbagai reaksi. MashaAllah saya memang sangat terkejut. Saya baru balik dari bercuti di Melaka pada ketika post itu dimuatnaik. Apapun, saya risau kemungkinan buruk akan berlaku pada rumah tangga kami, lagi-lagi kandungan saya.

Semalam saya merayu kepada akak untuk delete post tersebut, tetapi akak tidak endahkannya dan akak still bertegas tidak mahu delete.

Pada saya tidak adil anda semua menilai kami sekeluarga begitu. Suami telah pun mengambil pengajaran atas tindakannya sebelum itu.

11- Akhir kata, saya mohon kepada rakan semua, hentikan segala tohmahan kpd saya, keluarga dan suami. Jika tidak keberatan, deletelah apa pun yang dah tersebar mengenai kami demi privasi hidup kami.

Sesungguhnya kami belajar dari kesilapan & kami mohon doa yang baik dari kalian. Doakan bayi dalam kandungan ini cekal & tabah seterusnya menjadi anak soleh-solehah. Aamiin.

________

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan isteri pertama dapat keadilan.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.