Kebanyakan kaum hawa mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan semula bentuk badan ideal mereka selepas melahirkan anak.
Namun tidak semua yang bersalin akan mengalami masalah kenaikan berat badan dan kalau pandai menjaga pemakanan dan mengamalkan kaedah berpantang yang betul pasti dapat kembali bentuk badan seperti sebelum hamil.
Contohnya selebriti terkenal Elfira Loy yang kini sudah bergelar ibu nampaknya masih mampu mengekalkan bentuk badan ideal.
Elfira berkongsi foto terbarunya setelah habis berpantang di laman Instagram miliknya.
Di dalam foto yang dimuat naik, Elfira memberitahu dia dalam satu majlis dengan busana serba putih hasil rekaan Rizman Ruzaini.
Ini merupakan majlis pertama dihadirinya setelah tamat berpantang dan ternyata penampilannya itu mendapat perhatian para peminatnya.
Rata-rata netizen meninggalkan komen memuji Elfira pandai menjaga badan semasa berpantang.
“Tipssss kurus lepas bersalin”
“She’s backkkkkk stuninng, welcomeee back from confinement”
“Woooo wooo momma lagi cantik dari zaman anak daraaa lah!”
Elfira Loy sebelum ini selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 1hb Oktober, 2019 pada pukul 5:40 petang, dengan berat 3.68 kilogram dan dilahirkan secara normal.
Putera sulungnya itu diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris.