Pelakon Rita Rudaini sering berkongsi kehidupannya bersama dua hero kesayangannya di laman sosial Instagram bersama pengikutnya.
Terbaru, beliau sekeluarga berada di tanah suci menunaikan umrah dan berkongsi pelbagai momen indah bersama pengikutnya di Instagram.
Rita bawa anak-anak bersama menunaikan umrah
Rita turut membawa kedua-dua permata hatinya Airit Rayyan Rizqin, 10 dan Airit Qaqa Arjuna 8 bersama.
Satu perkongsian dari Rita telah mencuit hati apabila bintang Geng Mak-Mak itu telah mendapat perhatian hingga mahu bergambar bersama mereka.
“Depa ramai orang suka kat sana, paling selalu kena tangkap peluk, Arjuna. Orang arab ingt anak arab, sampai mintak kat mommy nak beli”.
Orang tanya adakah mak Ryan “mak arab ke”
”Ryan pon sama, orang tanya dia ‘mak arab ke?’ Jenis arab gelap. Alhamdulillah ramai sayang dan suka depa, ramai peminat kt sana.
”Ryan diminati pakistan ‘challo beta’, #theAiritsjourney,” tulis Rita.
Sementara itu, satu posting lain juga turut mendapat perhatian ramai apabila Rita berkongsi pengalamannya menunaikan umrah bersama anak-anaknya.
“Selalu kami jarang balik ke bilik. Tunggu waktu ke waktu. Solat sunat dan mengaji. Adakala anak-anak penat”.
Mommy faham sebab kudrat mommy pon tak kuat
“Mommy faham sebab kudrat mommy pon xkuat apatah lagi budak sekecil mereka…tido mmg xcukup laa tapi mommy pesan,walaupon kecik belum baligh tapi kena buat btul2..bukan tunggu baligh baru nak mula betul-betul”.
“Alhamdulillah depa memang ingat dan ikut pesan mommy walaupun ada yang dengar bunyi macam ‘tegas sgt,budak kecik lagi’ tapi itu pandangan orang”.
Saya tau apa yang saya ajar anak saya
“Pandangan saya xsama, saya tau apa yang saya ajar anak saya. Semua untuk mereka bawak sampai bila-bila.
“Saya tegas sebab saya sangat sayang mereka…kerana mereka pulak yang akan jaga saya nanti”.
Saya nak anak yang mulia budi pekerti dan bertanggungjawab
“Saya nak anak-anak yang jaga saya. Anak yang mulia budi pekerti dan tau tangungjawab sebgai seorg anak dan manusia. Anak yang berjaya di dunia dan untuk akhirat”.
Semoga Rita terus tabah dan cekal dalam menjaga dan mendidik kedua-dua permata hatinya dan dipermudahkan urusan menunaikan umrah.