Satu posting dari Siti Sarah Raissuddin telah tular mengenai pandangan beliau mengenai netizen yang mengutuk sifat fizikal seseorang.
Beliau turut mengulas lanjut isu seorang penyanyi iaitu Siti Nordiana yang telah disuruh untuk membetulkan giginya.
Orang pandang jijik mengenai bentuk hidung saya
Terpanggil mengulas lanjut mengenai rakannya itu, beliau turut berkongsi pengalamannya yang turut pernah menerima kritikan mengenai hidungnya selama 30 tahun.
“Tadi tengah scroll ig, ternampak @sitinordiana bercakap pasal body shaming, di ig @mediahiburan dan ada yang bercakap pasal berat badan dan gigi dia”.
“Sarah sebenarnya dari kecil sampai hari ni masih menghadapi masaalah yang sama iaitu orang pandang jijik mengenai bentuk hidung saya”.
Jauh di sudut hati saya, saya dah tak boleh hadam
“I dont know how to tell thm off!! jauh di sudut hati SAYA DAH TAK BOLEH HADAM benda ni sebab saya pun HADAP bende ni selama lebih dari 30 tahun”.
“Over and over again saya dok dengar bende yang sama pasal HIDUNG HIDUNG DAN HIDUNG”.
Nak saya tukar hidung ke baru tak hina saya
“Nak saya tukar hidung ke baru tak hina saya?? bagi tau dengan saya macam mana nak buat sebab Allah bagi bagi saya hidung ni”.
“What should i do? Cry? Awak puas hati ke bila awak kutuk orang? Kalau awak berada ditempat saya , mungkin sekarang awak dah ada dalam wad gila”.
“FYI segala kutukkan awak pasal HIDUNG saya, satu keluarga saya baca suami dan anak2! Do u KNOW THAT ??? Orang sekarang ni dah terlalu teruk bab mengutuk fizikal orang”.
Ramai orang yang macam saya diluar sana menderita
“Terlalu ramai orang yang macam saya diluar sana menderita sebab kene kutuk dengan orang yang macam ni”.
“Korang je yang tak tau, ada manusia sekarang yang hitam hati dia, kutuk yang bukan-bukan pasal orang”.
Sementara itu, posting tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari rakan artis dan netizen yang memberikan komen positif kepada Siti Sarah.