Menerusi laman sosial Instagram, Mia Ahmad ada memuat naik sekeping foto miliknya sekaligus ia menjadi tanda tanya kepada peminat.
Samilah Ahmad Bader atau lebih mesra disapa Mia Ahmad menerusi entrinya telah memaklumkan telah berhenti memberi susu badan kepada anak pertamanya, Issa.
Pelakon Mia Ahmad hamil anak kedua
“Macam nampak besar lagi Issa dari mommy kat sini . Susu @rayyansusukambing_hq ada macam2 perisa untuk dicuba oleh bayi seawal 3bulan. Favourite Issa mestilah yang coklat”.
“Ni lah reason juga kenapa mommy stop bf, sbb Issa dah nak jadi abang. susu untuk pregnant mommy pun ada tau”.
Sementara itu, Mia turut berkongsi foto percutian bulan madu bersama suami dan anaknya di Pulau Bali dengan berserta kapsyen ‘babymooninbaliagain’.
“Bali, AGAIN and AGAIN. #IzhaMiaIssa #babymooninbaliagain,” tulisnya.
Pelakon berusia 31 tahun itu dikatakan telah kelihatan mempunyai ‘baby bump’ menerusi sekeping foto yang dikongsi oleh Mia di media sosial berkenaan.
Usia kandung Mia Ahmad 16 minggu
“DPS-KUL-PD . Food hunting later. Makanan apa yang sedap dekat PD ni? #16weeks,” tulisnya.
Mia Ahmad telah mendirikan rumahtangga pada 13 Januari 2017 bersama penjaga gol pasukan bola sepak Jdt iaitu Mohd Izham Tarmizi.
Menerusi perkahwinannya bersama bintang bola sepak itu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Sayf Issa.