Connect with us

Keluarga

“Setelah kehilangan, baru sedar aku tak cukup memberi pada isteri” Sepi Selepas Isteri Pergi Menghadap Ilahi

Kehilangan orang tersayang bukanlah satu perkara yang mudah. Seringkali ramai yang rindu namun ia tidak bermakna mereka tidak redha dengan apa yang terjadi.

Kata orang, rindu pada orang yang pergi selamanya ibarat sebuah rindu yang tidak berpenghujung.

Seorang lelaki berkongsi kisah hidupnya memegang amanah membesarkan tiga anak-anaknya setelah isteri tercinta pergi selamanya.

Berkongsi pengalamannya menjaga tiga orang anak

Khairul Abdullah yang sering berkongsi kisah hidupnya bersama ketiga-tiga anak beliau di laman sosial Facebook miliknya.

Dari perkongsian kisahnya, beliau yang sering menggunakan hashtag SuperDaddy sering saja membuat hati pembaca bergenang airmata berkongsi pengalamannya.

Terbaru, salah satu perkongsiannya yang berkisar mengenai kesedaran tidak cukup memberi ketika isteri tercintanya masih ada.

Setelah kehilangan baru aku sedar

“Setelah kehilangan, baru aku sedar yang aku tak cukup memberi pada isteri aku. Biasalahkan, lepas dah tak ada baru kita sedar apa yang kita hilang kan? “It’s too late”.

“Beberapa bulan terakhir, kami ada plan, ambil cuti, hantar anak-anak ke tadika dan kami nak pergi dating, nak tengok wayang, nak makan dengan tenang, dia nak pergi spa serta itu ini”.

It’s too late

“Kami sempat keluar sekali jer, tu pun beberapa jam sahaja, tak sempat tengok wayang pun. Tapi sebab dapat jalan berdua dan pegang tangan tak lepas, seronok kemain”.

“Lepas tu bila balik ke normal rutin, pegang tangan jadi kurang, nak bersembang pun kurang, gurau senda pun kurang, semuanya kurang. Sibuk dengan kerja dan anak-anak punya pasal”.

Tiba-tiba dia diambil Tuhan

“Terus aku rindu segalanya, terus aku ingat segala benda yang kecil dan remeh temeh. Ya Allah, kalaulah masa tu boleh undur macam-macam aku nak betulkan balik”.

1. Nak selalu pegang tangan dia. Walaupun nampak kecik, tapi dia sangat suka. Aku rasa semua perempuan suka kot bila laki dia pegang tangan sambil berjalan. Sungguh, aku teringin sangat nak buat tu.

2. Nak selalu ucap sayang dan rindu. Kadang bila dah kahwin lama, kita tak ambil endah benda gitu. Alah dah sama-sama faham yang i love you dan you love me.

Aku sanggup buat semua kerja

“Tapi sebenarnya ungkapan tersebut jika keluar dari mulut sangat lebih memberi makna. Kalau dia masih hidup aku nak ucap setiap kali bertentang mata. Sungguh”.

3. Nak ringankan tugas dia sebagai ibu. Aku sanggup buat semua kerja rumah agar dia tak penat dan dapat tumpu uruskan anak-anak dan juga aku.

“Dapat dia bergelak tawa dan gomol anak-anak selalu. Aku pun dapat tempiasnya. Sungguh, aku sanggup”.

Nak selalu bagi bunga kat dia

4. Nak selalu bagi bunga kat dia. Dulu sebelum kahwin kemain romantik, asal jumpa jer bagi bunga, asal bagi bunga jer, jumpa. Lepas kahwin jarang-jarang sangat aku bagi kecuali special ocassion.

“Aku tahu dia suka bunga, mata dia “sparkling” setiap kali dapat bunga. Tapi tulah, bila dah lama aku rasa macam alah tak perlu lah”.

“Sungguh, aku nak bagi bunga pada dia setiap minggu. Sekuntum pun cukup asalkan bagi”.

Sunyi walaupun riuh jeritan dan tangisan anak-anak

5. Aku nak bersembang lama dengan dia. Inilah yang paling aku inginkan. Demi Allah sunyi gila walaupun ada riuh dan hiruk pikuk jeritan dan tangisan anak-anak”.

“Kalau diberi peluang aku nak duduk dan pandang wajah dia, bersembang lama-lama dengan dia, nak cerita segalanya pada dia”.

“Sungguh. Begitulah, sesekali rindu datang, aku pun mengenang. Acapkali aku kesal kerana tak berikan sepenuhnya pada dia”.

“Kau yang belum kehilangan, hargailah apa yang kau masih ada. Belajarlah dari kesilapan aku”.

Khairul Abdullah
#SuperDaddy

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.