[VIDEO] “Saya rasa sebak dan tak sangka..” Tangisan Ibu Balqis di MHI Buat Netizen Sebak
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cilik dan model komersial kanak kanak malaysia iaitu Puteri Balqis.
Beliau pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2014.
Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish dapat menambat hati jutaan rakyat Malaysia dengan bakatnya yang hebat dalam dunia lakonan.
Walaupun begitu, kehidupan Aqish seakan berubah apabila beliau disahkan menghidap kanser hati tahap satu malah ianya juga serba sedikit menjejaskan perjalanan kariernya sebagai pelakon.
Menurut Facebook Bersamamu Tv3, pelakon cilik berusia 13 tahun itu kini hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.
Sedutan rancangan di Bersamamu Tv3 menceritakan suka duka yang dilalui oleh Aqish dan ianya mendapat pelbagai respon dari masyarakat.
Bagaimanapun , kisahnya sekali lagi mengundang sebak apabila Aqish dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz dijemput pula ke rancangan MHI .
Ramai antara penonton MHI sayu melihat tangisan daripada ibunya yang bersyukur kerana buku puisi hasil titipan kisah hidupnya bertajuk, 38 Poems Of Puteri Balqis laris terjual.
Video yang dikongsikan menerusi laman YouTube ini telah mendapat perhatian ramai dengan hampir 400,000 tontonan.
Warganet memberikan komen yang positif dan mengharapkan mereka untuk terus kuat menghadapi liku liku kehidupan.
Berikut merupakan kupasan video Puteri Balqis bersama ibunya di MHI.
Menurut Puteri Balqis, dia tidak sangka dengan perkongsian tentang keperitan hidupnya bersama ibunya di rancangan Bersamamu TV3 dan MHI telah membuka mata ramai pihak .
“Saya rasa sebak dan tak sangka mereka akan sanjung kami dengan cara lebih baik dan tengok semuanya positif, ramai insan yang memberi kata semangat.”
“Awalnya kami rasa (cerita) kehidupan ini tak perlu dikongsi, dibiar tutup, itu adalah rahsia tapi ia telah dibuka dengan cara yang cukup indah, tak pernah sangka.”
Menurut sumber, Puteri Balqis bakal menyambung persekolahan yang akan bermula pada minggu ini, ujar ibunya.
Dalam pada itu, ibunya turut mengucapkan terima kasih kerana sentiasa memberi semangat dan membeli buku anaknya itu.