Connect with us

Selebriti

“Buat auntie Nabila Huda… Puteri minta..” Ini Respons Puteri Balqis Terhadap Nabila Huda

PELAKON Puteri Balqis meluahkan rasa kesal dengan kenyataan aktres Nabila Huda apabila mempersoalkan tanggungjawab ibunya Norashikin Mohd Aziz yang membiarkan remaja itu menjual buku di jalanan. Puteri Balqis atau Aqish, 13, menerusi Instagram menjelaskan ibunya bukanlah seburuk yang disangka aktres berkenaan, malah wanita itu sudah berkorban segala-galanya untuk membesarkan dan menanggung kos perubatan sepanjang dia terlantar sakit. Katanya, […]

Nama Puteri Balqis kembali meniti di bibir peminat hiburan tanah air apabila muncul dalam rancangan Bersamamu TV3.

Ramai yang merasa kasihan dan simpati terhadap nasib yang menimpa remaja yang dahulunya ceria itu.

Tidak ketinggalan, pelakon Nabila Huda juga ada memberikan komen berkenaan keadaan terbaru Puteri Balqis.

Menerusi Twitter, Nabila Huda mempersoalkan mengapa budak yang sedang sakit dipaksa pusing keliling KL menjual buku.

 

Komen Nabila Huda itu menerima pelbagai respons dari warga maya sehinggakan ada yang mempersoalkan adakah dia pernah membantu Balqis.

Terbaru, menerusi muat naik di Instagram, Puteri Balqis telah berkongsi penjelasan yang ditujukan khas buat Nabila Huda.

Puteri Balqis dilhat meluahkan rasa kesal dengan kenyataan Nabila Huda yang seolah-olah mempersoalkan tanggungjawab ibunya Norashikin Mohd Aziz.

Balqis menjelaskan ibunya bukanlah seburuk yang disangka pelakon berkenaan, tetapi ibunya itu sudah berkorban segala-galanya untuk membesarkan dan menanggung kos perubatan.

Malah, tindakannya untuk mengikut ibunya menjual buku di sekitar Kuala Lumpur adalah atas kehendak sendiri.

“From the bottom of my heart, terpanggil puteri untuk luahkan perasaan puteri tentang statement auntie Nabila Huda”

“Puteri sedih, buat auntie Nabila Huda… Puteri minta jangan persoalkan ibu Puteri, laman media bukan untuk itu.”


“Ibu tak pernah biarkan Puteri bekerja, tapi Puteri yang paksa untuk mengikutnya. Terus terang di KL ibu yang meniaga. Puteri masih ada perasaan kasihan melihat ibu,”

Puteri Balqis turut menafikan sesetengah dakwaan yang mengatakan ibunya seorang penaagih daddah.

Menurut Balqis, ibunya kurus kerana tidak cukup tidur dan mengalami tekaanan perasaan berikutan berdepan pelbagai masalah hidup.

“Fizikal ibu kurus kerana tidak makan, tidak cukup tidur dan deppression. Sewaktu Puteri sakit ibu tidak tidur kerana takut Puteri sakit ketika tidur,”

“38 Poems Puteri Balqis Edisi Melayu adalah ilham ibu sendiri, tapi ibu tidak mahu dikenali.”

 

Semoga dengan penjelasan Balqis ini akan menjernihkan segala tuduhan atau anggapan yang tidak benar terhadap ibunya.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.