Connect with us

Selebriti

“Saya nangis dalam bilik air memikirkan saya masih belum hamil” Luahan Siti Elizad

Impian setiap dari kita yang berumahtangga adalah memiliki cahaya mata sebagai penyeri hidup suami isteri.

Namun begitu, setiap dari kita mempunyai dugaan dan ujian yang berlainan. Ada orang yang dimurahkan rezeki dalam bentuk pendapatan tetapi masih belum dikurniakan anak.

Begitu juga dengan seorang pelakon Siti Elizad yang hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, Siti Elizad akui sedih dan tertekan kerana masih tidak lagi dikurniakan cahaya mata.

Tolong doakan kami sama ya

“11 Januari , Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang Ke5 suamiku yg tercinta . Tahun ni kita masih berdua”.

“Tak mengapa perancangan Allah itu cantik. Yakin, ikhtiar dan  jangan letih berdoa . Korang doakan kami sama ya.

Moga saya diberi peluang menjadi seorang ibu

“Mudah-mudahan berkat doa kalian , i will have a chance to become a mother”. 

Sebelum ini, Elizad pernah memberitahu dikurniakan seorang zuriat pun sudah cukup memadai bagi beliau.

Elizad turut berkongsi luahan hati apabila kadang-kala beliau dia tidak dapat menanggung rasa sedih dan diluahkan dengan tangisan.

Saya selalu menangis dalam bilik air

Menurut Elizad lagi, dia juga pernah tertanya-tanya mengapa Allah berikan semua nikmat dan rezeki kepadanya tetapi mengapa bukan cahaya mata.

“Orang tak tahu sebenarnya saya selalu menangis dalam bilik air seorang diri kerana terlalu sedih memikirkan nasib saya masih belum hamil”.

Rezeki cahaya mata masih belum saya nikmati

“Saya sedih dan kadang-kadang tertanya juga, kenapa Allah dah bagi semua nikmat dan rezeki kepada saya tetapi rezeki cahaya mata sahaja belum saya nikmati”.

“Namun saya bersyukur kerana suami sangat memberikan sokongan padu kepada saya supaya tidak terlalu bersedih dan tertekan memikirkannya,” katanya kepada Astro Gempak.

Pelbagai usaha termasuk mendapatkan rawatan IVF

Selain itu, Elizad juga telah melakukan pelbagai usaha termasuk mendapatkan rawatan namun tidak membuahkan hasil dan akhirnya dia dan suami bakal menjalani proses IVF untuk langkah terakhir mendapatkan zuriat.

“Sejak tahun lalu sebenarnya kami sudah mula mendapatkan rawatan dan mencuba makan pelbagai ubat tapi hasilnya masih sama”.

“Setelah pelbagai usaha dilakukan, kini saya sudah bersedia untuk melakukan proses IVF dalam usaha untuk mendapatkan zuriat,”ujarnya lagi.

Siti Elizad telah mendirikan rumahtangga dengan seorang duda yang bernama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.