Connect with us

Selebriti

Sahkan Diri Hamil, Ini Jawapan Fasha Bila Ditanya Tentang Usia Kandungan

Tahniah buat pelakon popular Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha sudah mengesahkan dirinya hamil.

Namun begitu Fasha menyatakan bahawa dia tidak mahu berkongsi tentang usia kandungannya.

Bagi menjelaskan mengenai isu terbabit, Bintang ini menjelaskan bahawa pengalaman hitamnya pada Jun lalu membuatkan dirinya masih lagi dalam keadaan fobia.

“Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik.

“Pengalaman beberapa kali pernah keguguuran dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih fobia atas pengalaman lalu.

“Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak,” katanya kepada Harian Metro

Aktress itu turut memaklumkan bahawa buat masa sekarang , beliau sedang berehat daripada terbabit dalam penggambaran drama.

“Saya sedang berehat seketika daripada berlakon dan hanya fokus dalam komitmen untuk promosi drama dan sebagai duta,” katanya.

Terdahulu, sejurus mendirikan rumah tangga bersama aktor popular iaitu Aidil Aziz pada Mac yang lalu, Fasha yang berusia 35 tahun itu berkongsi khabar gembira tentang berita kehamilannya pada Mei yang lepas.

 

View this post on Instagram

 

Gorgeous couple @fashasandha & @itsaidilaziz in matching dusty pink set by @adam.r_lamaison. #nikahazlanellymazlein #bridesbyadamr

A post shared by Adam Rashid (@adam.r_lamaison) on

Walau bagaimanapun, rezeki untuk mempunyai zuriat ketiga bukan berpihak pada Fasha Sandha ketika itu. Beliau dilaporkan mengalami keguguuran beberapa minggu selepas pengumuman itu dibuat setelah pulang daripada berhari raya di rumah keluarga mentua di Rembau, Negeri Sembilan.

Namun pun begitu, Pada November yang lalu, Fasha Sandha dikhabarkan hamil sekali lagi. Walau bagaimanapun, Dia yang ditemui pada sebuah acara tidak mengesah atau menafikan perkara itu. Pelakon jelita itu tetap teguh dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi lebih malah beliau meminta peminatnya mendoakan yang baik baik buat dirinya.

Menerusi perkahwinan pertamanya, bintang jelita itu dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Apa-apa pun, marilah kita mendoakan yang terbaik buat keluarga ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.