[VIDEO] “Nk tlg mak sbb ayah da meninggal” Budak Jual Tisu Buat Pak Nil Sebak
Satu perkongsian yang menjentik hati di laman Instagram milik pengacara, pelakon, penyanyi dan bekas penyampai radio di Malaysia iaitu Datuk Aznil Hj. Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil mendapat perhatian ramai.
Perkongsian itu berkisahkan tentang seorang kanak kanak yang datang mendekati Pak Nil di sebuah premis makanan di Johor Bharu untuk mencari rezeki bagi membantu ibunya dengan menjual tisu demi kelangsungan hidup.
Menerusi rakaman video secara penuh di saluran Youtube miliknya itu, ia memaparkan tentang gelagat Pak Nil bersama kanak kanak yang ingin menjual tisu kepadanya.
Walau pun gelagat Pak Nil dan kanak kanak ini mencuit hati , Namun apabila mengetahui bahawa kanak kanak terbabit sudah kehilangan bapa dan cuba membantu ibunya mencari rezeki, riak wajah Pak Nil kelihatan berubah menjadi sebak.
“Berapa ni?” tanya Pak Nil.
“Ikut suka nak bayar berapa” jawab kanak kanak tersebut.
Rata rata peminat dan netizen mendoakan kesejahteraan kanak kanak tersebut dan semoga Pak Nil sentiasa dimurahkan rezeki. Ramai yang meluahkan rasa sebak apabila melihat video terbabit.
Dalam pada itu, Pak Nil mengakui dia terhibur dengan gelagat comel kanak kanak ini selain turut menyambut baik andai ada mana mana penerbit yangingin mengambil anak itu berlakon atas bakat semulajadinya.
Terhibur Pak Nil dapat mengusik si kecil ini. Lepas beli semua, Pak Nil meminta kanak kanak itu untuk pulang ke rumah dan jangan merayau lagi.
“Sesiapa jumpa dengan anak ni di JB, cakap kat dia Pak Nil kirim salam dan bg tau dia yang dia dah popular!”
“Kalau ada produser nak pelakon kanak2, tolong ambik anak ini, Pak Nil rasa dia ada bakat yg semulajadi la”
“Suara bercakap pun sedap dan lembut. Semoga Allah menjagamu anak” tulisnya.
Ternyata masih ramai lagi yang prihatin dengan keadaan sekeliling dan mempunyai hati yang benar benar ikhlas untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
Semoga Pak Nil dilimpahkan rezeki seperti air yang mengalir. Harapan juga agar anak itu terus kuat dan sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT.