Connect with us

Semasa

[VIDEO] Selalu Buat Video Nasihat, Bos Cina Belanja Staff Warga Emas Tunai Umrah

Malaysia terkenal dengan keharmonian dan kepelbagaian bangsa yang pelbagai. Namun, bahasa melayu sering digunakan oleh semua kaum sebagai bahasa perantaraan.

Seorang lelaki berbangsa Cina dilihat kerap memuat naik video sketsa bersama beberapa orang lagi dengan bertutur dalam bahasa Melayu.

Menerusi video yang dimuat naik, video-video tersebut menceritakan situasi biasa yang berlaku dalam kehidupan berkerja masyarakat Malaysia.

Hadiah untuk pekerja warga emas yang rajin

Seorang pemilik akaun Tik Tok dikenali sebagai Khiu19 telah memuat naik satu video bersama seorang lelaki melayu.

Video itu memaparkan perbualan lelaki Cina itu yang juga merupakan majikan kepada pakcik itu telah menawarkan pakej umrah buat pekerjanya yang rajin dan berdedikasi.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pemilk akaun TikTok itu sebenarnya adalah seorang CEO dan juga pengasas kepada syarikat pengeluar langsir MK Curtain Group di negara kita.

Bos Cina belanja pakej umrah kepada pekerja

Pada usia yang masih muda, Dato’ Dr Calvin Khiu kerap memberikan motivasi berkaitan pengurusan kewangan kepada usahawan-usahawan yang ingin berjaya.

Menerusi video yang tular itu, Calvin Khiu telah menawarkan pakej umrah kepada pekerjanya yang berbangsa Melayu berikutan perkara itu adalah impian kepada pakcik tersebut.


Sebagai seorang majikan, beliau telah berbesar hati menawarkan hadiah kepada pekerjanya pakej umrah tersebut.

Riak wajah gembira dan terkejut jelas pada wajah warga emas itu

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah pekerja warga emas itu yang kelihatan terharu memperoleh hadiah yang tidak disangka daripada majikan tersebut.

Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada usahawan tersebut kerana telah merealisasikan impiannya sejak dahulu lagi.

Perkongsian video itu dilakukan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Mopasad dan telah menarik perhatian ramai.

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen telah meninggalkan komen yang positif diatas posting berkenaan.

Semoga perpaduan dan keharmonian di dalam negara kita kekal. Kisah ini juga boleh dijadikan inspirasi oleh semua.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.