Connect with us

Semasa

Baru Habis Pantang, Wanita Tiba-tiba ‘Pergi’ Dijemput Ilahi Selepas Sambut Birthday Suami

Tiada siapa yang menyangka kegembiraan yang dirasai bersama keluarga tercinta tidak berkekalan lama dan hilang sekelip mata.

Ada di antara orang tersayang yang telah pergi menghadap Ilahi dalam keadaan yang tiba-tiba tanpa sebarang petunjuk.

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini, Azlan Adnan yang menceritakan khabar duka buat keluarganya apabila isteri tercinta meninggal dunia secara tiba-tiba selepas menyambut hari lahirnya.

Di dalam perkongsian tersebut, Azlan telah mencoretkan luahan duka buat Allahyarhamah isterinya yang dipanggil sebagai Diana.

“Abang, Kita tak pernah ada gambar ber-4 bila time cuti kan”

18-01-2020
Celebrate birthday saya

Maafkan abang
Abang tak tahu ini yang terakhir kita bersama

Abang tak tahu kat mana nak luahkan
Biar abang titipkan disini kenangan terakhir kita
Untuk pengubat rindu

Terima kasih hadiahkan 2 permata

Abg sentiasa menunggu syg hadir dalam mimpi2 abg. Abg mengharap sgt 🙏🏻

Setiap kali Zulaikha tersenyum atau gelak sorang2, abg tahu sayang ada ketika tu.

Babah, Ammar & Ika @ Rania Terlalu Sayang akan Rindukan Ibu

Nordiana Bidin
Always in Our Heart
Indah pemergianmu

05/07/1984 – 20/01/2020


Allahyarhamah ada berkongsi baru habis berpantang pada bulan Oktober tahun lepas.

Berita duka tersebut turut dikongsi oleh kakak Allahyarhamah di laman Facebook miliknya.

Allahu..

8 tahun yg lalu kak Yang melalui detik sama seperti ini..masa tu kak Yang mengiringi arwah cik..x sangka kali ni..kak Yang mengiringi kamu pulak.Hujan gerimis bagai mengerti kesedihan dihati kami..

Kita berpisah sementara..in shaa Allah..kita akan bersua jua nnt..bersama2 arwah abah & arwah cik..

Ya Allah..

Semoga pengakhiran adindaku Intan Dee Ana dalam keadaan yg khusnul khotimah dan termasuk dalam golongan bersama orang2 yg beriman..

Rata-rata netizen meninggalkan komen takziah serta mendoakan dirinya ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Punca kematian

Menerusi ruangan komen, punca kematian adalah disebabkan saluran darah yang pecah di bahagian kepala dua hari selepas menyambut hari lahir Azlan.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.