Seluruh dunia kini dalam langkah berjaga-jaga apabila wabak corona virus semakin kian tersebar dan meluas ke seluruh negara.
Dunia kini sedang dilanda kebimbangan apabila penularan wabak coronavirus yang berasal dari Wuhan, China.
25 kematian yang dicatatkan menjadi mangsa wabak conora virus
Difahamkan, penularan wabak conora virus ini telah menyebabkan sebanyak 25 kematian setakat ini.
Penduduk di Wuhan kini telah dikuarantin dan dinasihati agar tidak keluar dari bandar itu untuk mengelakkan jangkitan corona virus dengan lebih meluas.
Tiba-tiba terbaring dilantai tidak tergerak kerana wabak ini
Hampir semua media dunia kini sedang berusaha untuk memberitahu orang ramai mengenai bahaya wabak yang sedang merebak ini.
Terbaru beberapa video telah tular di internet tentang penduduk di Wuhan yang tiba-tiba pengsan dan terbaring di atas lantai tidak bergerak kerana wabak itu.
Wuhan digelar bandar zombieland
Menurut Daily Star, beberapa video tersebar di media sosial menunjukkan mereka seolah-olah ‘mati’ terbaring di bandar yang kini digelar ‘zombieland‘ itu.
Menerusi video tersebut, individu itu semua dikatakan tiba-tiba menjadi lemah dan tidak mampu lagi berdiri menyebabkan mereka hanya terlantar di atas lantai tanpa respon.
Pesakit terbaring di lantai depan kaunter hospital
Sebuah video mendapat perhatian ramai menunjukkan seorang pesakit terbaring atas lantai di depan kaunter ketika berada di hospital untuk mendapatkan rawatan.
Selain itu, menerusi sebuah video yang lain yang tular memperlihatkan seorang individu berpakaian serba hitam dilihat terbaring tanpa respon di tempat awam dekat bandar Wuhan.
Berlumuran darah di tempat awam kerana wabak ini
Bahagian kepala individu itu juga boleh dilihat berlumuran darah dan ambulan serta pasukan medik turut berada di tempat kejadian untuk mengambil tindakan sepatutnya.
Untuk pengetahuan umum, antara simptom coronavirus adalah demam, batuk, sesak nafas dan hidung berair.
Sehubungan dengan itu, orang ramai diseru agar segera ke hospital untuk pemeriksaan jika mengalami salah satu simptom tersebut.