Seperti yang kita sedia maklum, program pertandingan Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM) baru sahaja melabuhkan tirai dengan kemenangan berpihak kepada kumpulan Puteh.
Pihak produksi Astro kemudiannya telah menerbitkan rancangan popular Sepahtu Reunion Live 2020 yang menampilkan kumpulan pelawak terkenal, Sepahtu dibarisi oleh Jep, Shuib, Pak Ya dan juga Rahim.
Dalam rancangan ini, sama seperti musim yang lepas, kumpulan Sepahtu akan dibantu oleh beberapa artis jemputan berlainan bagi setiap minggu.
Boleh dikatakan setiap kali ke udara secara langsung, rancangan ini kerap mendapat rating tinggi dengan telatah mereka yang sentiasa membuat penonton tak kering gusi.
Tiada kelibat Pak Ya
Walaubagaimanapun, selepas dua minggu ditayangkan, tiada kelibat Pak Ya kelihatan sedangkan sebelum ini dia bersama kumpulan Rare (Ajak, Shiro dan Ropie) menyertai Maharaja Lawak Mega 2019.
Malah, rakaman Sepahtu Reunion Al-Puasa yang sepatutnya dijadualkan pada 26 Januari 2020 turut ditangguhkan atas sebab ketiadaaan Pak Ya.
Menerusi Instagram Jep Sepahtu, mereka memaklumkan perkara ini ats sebab ketiadaan Pak Ya.
“Salam semua. Dukacita dimaklumkan bahawa pada hari Ahad 26 January 2020, TIADA SESI RAKAMAN bagi Sepahtu Reunion Al Puasa. Atas ketiadaan Pakya, sesi rakaman tidak dapat dijalankan. Sesi rakaman akan diberitahu kelak. Walau bagaimanapun, siaran Sepahtu Reunion Live akan terus berlangsung Jumaat depan. Kami mohon maaf atas kesulitan.”
Shahrol Shiro dakwa Pak Ya kena sekat
Rentetan daripada itu, di dalam satu perkongsian di Instagram, Shahrol Shiro telah memaklumkan satu kenyataan yang didakwa berhubung kait dengan ketiadaan Pak Ya di dalam rancangan tersebut.
Cakap sikit, mental koyak..Sindir sikit, hati koyak..Pegang bahu sikit, tisu koyak..Tak baik tutup periuk nasi orang..Tugas kalian menjalankan mandat dan amanah yang diberikan..Bukan makin menindas lagi..Sabar la pak ya @illya_senario .. Patutnya pak ya kena puji mereka melambung masa final MLM hari tu..Confirm satu channel tu pak ya punya.. Apapun minta pihak berkenaan dapat memberikan peluang kembali buat pak ya
Shahrol berkongsi tweet yang dibuat oleh seorang aktivis pembangkang, Papagomo dan dilihat seakan kesal dengan nasib yang menimpa Pak Ya.
Apa salah Pak Ya sampai disekat beraksi pada program Sepah Reunion Live?
Mengapa pihak kerajaan negeri Selangor melalui Majlis Bandaraya Shah Alam buat begini kepada artis tanah air? Apa yang teruk sangat hingga artis yang mencari rezeki disekat?
Kalau nak kata kerana lawak spontan pada episod Maharaja Lawak tempoh hari menjadi penyebab kepada Pak Ya disekat maka itu adalah pekara terkutuk dan keji dibuat kerajaan negeri
Saya mohon pihak kerajaan negeri Selangor berhenti dari perangai kebudak budak kan dalam hal ni. Pak Ya tu ada anak bini nak bagi makan, jangan berlaku kejam hingga jejaskan mata pencarian orang.
Saya mohon kepada anak anak Selangor tegur kerajaan negeri. Pak Ya mesti dibenarkan beraksi pada Sepahtu Reunion Live dan juga apa apa yang berkait dengan bidang nya dalam negeri Selangor. Kakitangan MBSA yang berkenaan, KAU DAH KENAPA?
Rata-rata peminat industri hiburan tanah air tekejut dengan kenyataan ini dan meminta agar Pak Ya tidak dikenakan apa-apa tindakan.
Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi mengesahkan perkara tersebut sama ada dari Pak Ya ataupun pihak produksi.