Pelakon tinggi lampai Scha Alyahya antara artis yang masih kekal menghiasi drama dan iklan di kaca televisyen.
Walaupun Scha Alyahya senyap dari sebarang gosip nama beliau sering muncul dalam pelbagai rancangan.
Scha berharap agar dipermudahkan hamil lagi
Terbaru, Scha sekali lagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endomestiosis) di sebuah pusat perubatan, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Menurut Scha lagi, dia menyedari masalah yang dialaminya selepas mengalami sakit pinggang dan sakit perut melampau ketika datang bulan.
Walaubagaimanapun, Scha berkata dia berasa lega selepas menjalani pembedahan itu dan berharap agar dipermudahkan hamil lagi.
Tanda-tanda lama berulang lagi
“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan”.
“Tambahan pula, akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan”.
“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya”.
Scha kini sedang berusaha hamil anak kedua
“Antara punca adalah faktor pemakanan,” ujarnya kepada Harian Metro.
“Ujar Scha lagi, disebabkan ketumbuan itu membuatkan dirinya sukar untuk hamil. Ujarnya lagi, dia kini sedang berusaha untuk hamil kali kedua”.
Sebelum ini, kali pertama Scha menjalani pembedahan sama pada 2013 iaitu sebelum disahkan hamil anak sulungnya, Lara Alana.
Ini antara punca saya susah nak hamil lagi
“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi”.
“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua. Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” katanya.
Semoga cepat diberikan kesembuhan kepada pelakon Scha Alyahya dan dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua.