Connect with us

Semasa

Sembunyi Jangkitan Koronavirus, Lelaki Taiwan Disaman RM40,000

Beberapa negara kini sudah melaporkan dan mengesahkan ada kes jangkitan coronavirus yang berpunca dari Wuhan, China. Pihak kerajaan di setiap negara semakin berjaga-jaga dan cuba yang terbaik dalam menangani kes jangkitan virus bahaya ini. Ada juga negara yang menghalang kemasukan rakyat China masuk dengan melakukan imbasan di lapangan terbang selain memeriksa tahap kesihatan setiap orang […]

Kes jangkitan coronavirus yang berpunca dari Wuhan, China nampaknya kini sudah semakin merebak di beberapa buah negara.

Boleh dikatakan semua negara semakin berjaga-jaga dan cuba yang terbaik dalam menangani kes jangkitan virus yang semakin menular ini.

Malah, ada juga negara yang menghalang kemasukan rakyat China masuk dengan melakukan imbasan di lapangan terbang .

Tahap kesihatan setiap orang yang mendarat di negara masing-masing juga diperiksa secara teliti agar wabak dari Wuhan ini tidak dibawa bersama.

Lelaki disaman

Berbeza pula dengan negara Taiwan apabila cara mereka menangani penduduk mereka pula agak berbeza dengan menyaman seorang lelaki baru-baru ni kerana coronavirus, lapor Nikkei Asean.

Menurut Jabatan kesihatan di Taiwan, mereka mengeluarkan saman terhadap seorang lelaki yang disahkan telah dijangkiti coronavirus sebanyak 300,000 New Taiwan dollars (RM40,000).

Saman itu dikeluarkan kerana individu tersebut telah menyembunyikan keadaan kesihatannya daripada pihak berkuasa.

Lelaki itu adalah salah seorang daripada 4 individu yang disahkan positif coronavirus pada Rabu lepas di bandar Kaohsiung.

Lelaki tersebut bukan sekadar menyembunyikan keadaannya ketika memasuki Taiwan, malah dia juga dikatakan telah melanggar undang-undang kawalan jangkitan.

Pergi ke kelab malam

Lebih memburukkan keadaan, lelaki itu sempat pergi ke sebuah kelab tarian tanpa memakai topeng muka yang sepatutnya.

Disebabkan tindakannya itu, seramai 80 individu lain telah dijangkiti dan kesemua mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan.

Walau bagaimanapun sehingga kini tidak dinyatakan sama ada keputusan telah keluar atau tidak.

Kini Taiwan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan peraturan kuarantin memandangkan cuti Tahun Baru Cina akan membuatkan ramai rakyat Taiwan yang bekerja di China pulang untuk menyambut perayaan tersebut.

Sebelum ini, sebanyak 70 kes kematian direkodkan di negara Taiwan pada tahun 2003 akibat penyebaran wabak SARS.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.