Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Dpt selimut mcm dpt banglo” Sejuk Melampau, Luluh Hati Heliza Kongsi Keadaan Anak Syria

Bagi anda yang mengikuti penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi pastinya tahu tentang aktiviti kebajikan yang dilakukannya.

Heliza yang sering membantu kanak-kanak dan pelarian seperti Palestin dan Syria sering berkongsi perkembangannya menerusi laman Instagram miliknya.

Terbaru, heliza berkongsi bagaimana sukarnya mereka di sana menghadapi musim sejuk.

Menurutnya, saat bergerak ke kem pelarian, anak-anak Syria tidak henti-henti melaungkan ‘Terima kasih Malaysia’.

Heliza ternyata tidak mampu membendung rasa pilu dan hiba saat melihat mereka teruja dan gembira apabila menerima bantuan seperti kain selimut.

 

View this post on Instagram

 

Lihat, anak ini tanpa kasut. 😭. Kesian sangat Ya ALLAH. Kami berlapis lapis pakaian, stokin , kasut boots, still mengigil teruk, lapar dahaga semua adalah. Dorang? Just imagine macam mana dorang hadapi, apatah lagi waktu malam😭 . Moga kita jadi asbab untuk sentiasa dalam kebaikan . Jom kita amalkan doa ini : YA ALLAH aku mohon SYURGA TERTINGGI TANPA HISAB dan TANPA AZAB, dan apa yg mendekatkanku kepadanya daripada perkataan, amalan dan niat. Aku berlindung daripada nerakamu dan apa yang mendekatkanku kepadanya daripada perkataan, amalan dan niat . . Allahuma askinni a’lal jannah. Ya Allah tempatkan aku di syurga paling tinggi. Aamiin . Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank Islamic SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987 Atau www.tabungsyria.com . #rescuesyria13 #rescuesyria .

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on

Tambahnya lagi, kegembiraan mereka seolah-olah dapat sebiji banglo menunjukkan betapa bersyukurnya mereka dengan bantuan yang diberikan.

Berikut adalah perkongsian Heliza.

[TERLALU LALU SEBAK]

SYUKRAN MALIZIA, SYUKRAN MALIZIYA!

Saat kami nak ke kem pelarian lain , dan anak ini pula nak balik ke khemahnya, dia datang dengan senyuman penuh ikhlas dan raut wajahnya begitu gembira anak ini dengan sendirinya tak henti henti berkata “SYUKRAN MALIZIYA..SYUKRAN MALIZIYA”

Ya Allah luluh nya hati ini. Luluh dan hiba sangat sangat. Dapat selimut seumpama dapat rumah banglo, betapa bersyukur dan gembiranya mereka kerana sejuk boleh mencecah negatif.

Mereka tak memaksa untuk kita bantu mereka, namun tergamakkah kita melihat post ini tanpa berbuat apa apa.. mungkin di akhirat kelak, dengan membantu mereka inilah yang akan bantu kita masuk me Syurga. Wallahu a’lam

Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.