Semalam telah berlangsungnya majlis sambut menantu bagi pasangan pengantin Elly Mazlein dan suaminya Cikgu Azlan di Kampung Karangan, Kuala Krai , Kelantan.
Majlis yang sangat meriah dengan kehadiran keluarga, rakan-rakan dan para peminat itu diadakan di kampung halaman Cikgu Azlan dengan konsep tradisional.
Menerusi laman Instagram, Elly berkongsi kegembiraannya dengan memuat naik foto-foto semasa hari majlis itu.
“Tq Sudi Menyambutku Wahai Keluarga Mertua.. Tq kerana bg lina rasa semua ni ..Tq atas kasih sayang ini .. Terasa diri disayangi Alhamdulillah 28 January 2020”
Selesai majlis pada hari semalam, Elly berkongsi gambarnya bersama keluarga mertua dan ipar duai.
“Sesi bersama Mak Mertua & ipar duai”
Malah, Elly turut membantu membersihkan dan mencuci kuali yang digunakan semasa majlis semalam.
“Agitchuuuuuu .. ko ade cuci koli beso dkat kg karangan .. tapi selipar tu .. selipar tu..x nak kalah, dikkkkk”
Rata-rata peminat Elly MAzlein terhibur dengan kapsyen Elly dan memuji tindakannya yang sanggup turun padang sekali mencuci kuali.
“Best version kak lina a very humbled and real of #Kampung people mmg menjadi. Loved it so much #sekkitoblako”
“Selipar tu mesti wowwww yaaaa mamaaaaa hahhaha”
“Teringat pula masa thn 2006..lps kenduri..kami pengantin baru kena basuk periuk dan kawah..tapi husband suruh teman je..dia yg basuh…”