Walaupun sudah berulang kali bekas suaminya, Aliff Aziz membuat onar, Bella nampaknya masih memberikan peluang dan bersedia membuka semula pintu hatinya.
Menerusi laporan Berita Harian, Bella Astillah dengan hati terbuka mengaku sedia menerima bekas suami, Aliff Aziz, kembali ke pangkuannya.
Malah Bella memberitahu keputusan yang bakal diambil akan dibincangkan bersama keluarga.
“Saya tidak pernah membenci Alif. Cuma saya lihat perpisahan kami banyak mengajar Aliff dan mematangkan dirinya.
“Saya bukan hendak membuktikan kepada masyarakat dia sudah berubah. Bagi saya, asalkan dia sayang dan ambil berat mengenai anak sudah memadai,”
Namun begitu, kenyataan terbaru Bella itu mengundang pelbagai respon dari netizen terutamanya di laman Facebook dan Twitter.
Seorang pengguna Twitter dengan nama Aizad Fahmy telah memberikan komennya mengenai isu Bella dan Aliff ini.
“You guys deserve each other honestly. Satu sampah masyarakat. Satu lagi bebal”
Bella yang berang dengan apa yang ditulis pengguna Twitter tersebut telah memuatnaik gambarnya di laman Instagram miliknya.
Menurut Bella, orang Melayu sepatutnya mempunyai adab dan budi bahasa, lagi-lagi kalau beragama Islam.
Bella kesal dengan kenyataannya melabel orang lain sebagai sampah masyarakat dan juga bebal.
Tambahnya lagi, jika dia layak atau tidak bersama semula ianya bukan urusan mereka untuk menghakimi.
Rata-rata para peminat Bella kasihan dengan nasib bela dan memberikan semangat kepadanya dengan menghantar pesanan DM di Instagram.
Sebelum ini, Bella Astillah dan Aliff Aziz telah berkahwin pada 9 September 2016 dan kemudiannya berpisah pada 16 Mei tahun 2019.
Pingback: [VIDEO] Kena ‘Tibai’ Di Tepi Kedai, Aliff Aziz Buat Hal Lagi? | YOY Network