Connect with us

Semasa

[VIDEO] Bahagia Anak Bertunang, Ibu Siap Cium Tangan Bakal Menantu

Dalam masyarakat Melayu, bertunang merupakan satu majlis yang disambut sebagai simbolik bahawa gadis yang disunting telah mempunyai bakal suami.

Kebiasaanya, sebelum majlis bertunang majlis merisik akan diadakan terlebih dahulu untuk menyatakan hasrat lelaki mahu menyunting anak gadis dalam sesebuah keluarga.

Selepas itu, berlangsunglah majlis pertunangan yang dipersetujui kedua belah pihak lelaki dan perempuan.

Pertunangan proses perkenalan untuk melangkah ke alam perkahwinan

Tempoh bertunang akan ditetapkan mengikut kesesuaian setiap pasangan dan perbincangan yang dipersetujui kedua keluarga.

Selain itu, bertunang juga dianggap sebagai satu proses perkenalan antara lelaki dan perempuan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Oleh yang demikian, majlis pertunangan disarankan untuk pasangan yang serius untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Mak mertua yang cium tangan bakal menantu

Mendapat keluarga mertua yang baik dan menyayangi bakal menantu pastinya idaman setiap mereka yang ingin berumahtangga.

Satu video yang telah tular di laman sosial Facebook dan Instagram ketika majlis pertunangan sepasang kekasih hati berjaya mencuri perhatian ramai.

Apa yang mencuit hati adalah video yang dikongsikan ketika majlis pertunangan itu berlangsung.

Comel reaksi spontan bakal mak mertua

Si ibu kepada lelaki dilihat begitu teruja dan gembira ketika majlis menyarung cincin ditangan pilihan hati anak terunanya.

Menerusi video tersebut, selepas usai menyarungkan cincin ke jari gadis tersebut secara spontan si ibu mencium tangan tunang anaknya.

Video tersebut telah dimuat naik oleh saudara Salmann Adnan ini telah mendapat perhatian banyak pihak ekoran reaksi spontan ibunya itu.

Seronok tengok kemesraan bakal menantu dan mertua

Ramai juga yang meninggalkan komen yang positif kepada si ibu yang dikatakan comel dan mencuit hati itu.

Ada dari mereka turut berharap dikurniakan keluarga mertua yang baik dan menerima mereka seperti anak sendiri.

Semoga pasangan ini kekal ke akhir hayat dan semua dari kita mendapat rezeki dikurniakan keluarga mertua yang baik.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.