Kebanyakan dari pasangan yang sudah lama berumahtangga sudahk tidak romatik seperti di awal perkahwinan lebih-lebih lagi bagi pasangan yang sudah lama berkahwin.
Namun begitu, cukup berbeza pula dengan penyanyi dan pelakon Izzue Islam dan isterinya Awin.
Walaupun usia perkahwinan mereka sudah mencecah hampir lapan tahun namun hubungan mereka masih romatik seperti pengantin baru.
Cinta mengajar kita hidup berdua, bukan mendua
Menerusi satu posting yang dimuat naik di laman Instagram Izzue Islam, satu video yang dikongsi bersama peminatnya memaparkan Izzue dan isterinya saling berpegangan tangan.
Selain itu, kapsyen yang ditulis oleh pelakon itu pada posting video telah menarik perhatian ramai dan membuat mereka kagum dengan kesetiaan Izzue.
“Cinta mengajar kita untuk hidup berdua, bukan untuk mendua”.
Setia meskipun masih belum dikurniakan cahaya mata
Rata-rata netizen berasa terharu dengan kesetiaan yang ditunjukkan oleh Izzue terhadap isterinya, meskipun mereka masih belum lagi dikurniakan zuriat.
Sementara itu, beliau telah mendirikan rumahtangga bersama dengan pengurusnya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013.
Sebelum ini, Izzue Islam telah menyertai kumpulan Forteen sewaktu kumpulan ini ditubuhkan pada 2011.
Namun, pada 18 November 2018, Izzue telah mengumumkan pengundurannya daripada Forteen selepas 7 tahun bersama.