Edika Yusof merupakan seorang pelakon yang masih menghiasi kaca televisyen dan diminati ramai sehingga kini.
Apa yang lebih menarik mengenai pelakon lelaki ini adalah apabila beliau dikatakan sanggup menjaga isterinya yang lumpuh dengan sepenuh hati.
Beliau setia menjaga isterinya yang lumpuh kira-kira 15 tahun lalu dan menjaga isterinya dengan sepenuh hati.
Saya ditatang bagai seorang bayi ketika terlantar sakit
Menerusi isterinya Nor Hidayah Yusri yang sempat berkongsi luahan hatinya bersama Nona yang menyatakan besar pengorbanan suaminya itu.
Menurut Nor Hidayah pengorbanan yang dilakukan suaminya itu tidak dapat dibalas setelah menjaga dirinya yang sejak terlantar sakit hingga saat ini.
“Ketika terlantar sakit sampai sekarang, saya telah ditatang bagai seorang bayi yang masih kecil. Tiada kata boleh diungkapkan apa yang saya rasa,” katanya.
Ia bukan perjalanan yang mudah
Namun begitu, Nor Hidayah 41 tahun turut mengakui bahawa bukan mudah bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga apatah lagi mempunyai pasangan kacak dan popular seperti suaminya.
Dalam kehidupan, kami perlu berada dalam satu semangat juang. Kalau hanya Edika sahaja bagi komitmen, sudah tentu sampai masa dia akan putus asa.
“Jadi bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Ia bukan perjalanan yang mudah. Tapi alhamdulillah dan dengan izinNya, kami boleh lakukan,” ujarnya.
Saya perlu mengangkat Nor ke bilik air dan menguruskan keperluannya
Edika turut berkata, dia menerima ujian dan takdir tersebut apabila isterinya berubah 360 darjah bertukar lumpuh selepas melahirkan anak kedua mereka.
“Saya perlu mengangkat Nor ke bilik air dan membantu menguruskan semua keperluan”.
“Lebih teruk lagi apabila memorinya hampir hilang. Nasib baik dia masih ingat saya dan ahli keluarga”.
Saya dah janji dengan isteri untuk menjaga dia sebaliknya
“Saya dah janji dengan isteri walau apa yang berlaku, saya akan jaga dia sebaiknya”.
“Apa yang sering saya bayangkan tentang dia adalah apa yang saya bayangkan jika berlaku kepada saya pula,” kata Edika.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi dan contoh teladan kepada semua pasangan di luar sana.
Pingback: [VIDEO] "14 tahun tak berdiri” Edika Yusof Bawa Isteri Fisioterapi Sentuh Hati Netizen | YOY Network