Connect with us

Viral

“Cikgu, saya tak pernah makan ayam sesedap ini, teringat adik dirumah” Tangisan Pelajar Buat Ramai Sedih

Tidak semua dari kita bernasib baik. Ada diantara kita terpaksa mengikat perut demi kelangsungan hidup di zaman yang mencabar ini.

Menerusi satu posting yang dibuat oleh Cikgu Emmet di laman sosial Facebook, beliau sempat berkongsi beberapa kisah pelajar yang tidak berkemampuan.

Beliau bercerita mengenai ketabahan dan kekuatan jiwa anak-anak yang hidup dengan serba kekurangan tetapi mempunyai potensi yang besar untuk berjaya.

Duduk bersendirian kerana tiada duit belanja

Selain itu, beberapa rakan guru saya bercerita tentang ketabahan dan kekuatan jiwa anak anak ini hidup mandiri jauh dari ibubapa dengan belanja kewangan yang terhad.

Cikgu, saya pernah terserempak dengan seorang pelajar yang duduk bersendirian di sebuah kerusi jauh dari kafeteria pada waktu rehat.

Saya tak ada duit cikgu nak makan di kantin

“Saya mendekati pelajar itu kerana saya mengajar di kelasnya, saya bertanya padanya”.

“Kenapa kamu tak makan di kantin? Saya takda duit cikgu. Katanya. Tak sampai hati saya melihatnya begitu. Saya memberikan wang untuk dia makan di kantin”.

“Bergegas dia berlari ke kafe selepas mengucap terima kasih berkali kali. Allah sayu saya tengok cikgu. Kata rakan kepada saya”.

Kami puasa kerana berjimat cikgu

“Saya kerap melihat anak anak murid golongan B40 ini berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis”.

“Bila ditanya mereka menjawab kami kena jimat duit. Jadi kami berpuasa untuk mendapat pahala selain untuk berjimat”.

Saya tak pernah makan ayam sesedap ini

Di sebuah sekolah SBP lain pula seorang guru warden bercerita kepada saya semasa menjaga dewan makan dia melihat seorang murid tingkatan satu duduk disudut agak jauh dan makan sambil mengesat air mata.

Foto hiasan

Bila guru bertanya kenapa kamu menangis? Ada orang buli kamu ke? Dia menjawab.

“Tak cikgu, saya tak pernah makan ayam sesedap ini. Masa sekolah rendah saya jarang makan ayam”.

Saya teringat adik-adik saya dirumah

“Ayam di asrama ni sedap dan besar, saya teringat adik adik saya dirumah.” Katanya sambil mengesat air mata.

Allahu, terbungkam gurunya mendengar sambil mengurut belakang muridnya. Takpa, kamu makanlah lepas ni kamu solat doakan adik adik kamu dapat masuk SBP dan dapat makan sedap sedap.

Kesimpulannya ramai anak anak dari golongan b40 mendapat manafaat daripada kemasukan ke sekolah elit seperti ini.

Mereka mungkin Zero sekarang tapi selepas SPM nanti akan keluar menjadi Hero kepada bangsa agama dan negara.

Semoga anak-anak tadi berjaya di masa hadapan dan dapat berbakti kepada golongan yang memerlukan di kemudian hari.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.