[VIDEO] “Persembahan Konsep BunuhhDiri Keterlaluan” – Public Health Malaysia
Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) merupakan sebuah pertandingan tahunan muzik yang memberi pengiktirafan kepada karya muzik terbaik di Malaysia.
Malam ini seramai 12 finalis telah menghabiskan masa yang ada membuat persiapan rapi, baik dari segi vokal mahupun persembahan, demi memastikan peluang beraksi di pentas berprestij AJL tidak disia-siakan.
Namun, satu persembahan dari Aina Abdul telah menarik perhatian Public Health Malaysia yang mendakwa ianya keterlaluan.
Persembahan Konsep Bunuhh Diri Keterlaluan & Melanggar Peraturan
Sangat mengejutakan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan bunuhh diri di pentas AJL tahun ini? Stesyen tv dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adengan sedemikian di media.
Dalam persembahan tersebut, penyanyi tersebut yang berpakaian serba putih telah menikamm dadanya sehinga darahh membuak buak keluar membasahi pakaiannya. Skrin latar mempamerkan darahh pekat yang mengalir.
Ternyata persembahan seperti ini memberi mesej yang SALAH kepada audience mengenai kekesalan kekecewaan dalam percintaan sehingga perlu menamatkan riwayat dengan menikamm dada.
Persembahan seperti ini jelas telah melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide yang melarang sebarang bentuk adengan membunuhh diri dengan menunjukkan cara dan kaedah untuk menamatkan riwayat.
Bagi individu yang memiliki masalah mental, adengan seperti ini boleh menyebabkan TRIGGER yang boleh menggangu pemikiran dan mungkin mendorong mereka untuk menamatkan riwayat.
Bagi memastikan perkara seperti ini TIDAK BERULANG kami ingin memohon masyarakat untuk membantu untuk membuat perlaporan kepada Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF).