Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik” Ebit Lew Kongsi Pengorbanan Abam

Pemergian pelawak popular iaitu Abam Bocey di kediamannya di Gombak pada pagi tadi dirasai hampir semua peminat industri hiburan tanah air.

Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32,  atau lebih dikenali dengan Abam Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Berita sedih itu turut disahkan oleh Ali Puteh yang merupakan adik kepada Abam telah memuat naik satu posting di Instagram untuk mengesahkan berita tersebut.

Ramai kenalan, rakan artis dan orang ramai bersedih dengan berita itu

Sementara itu, isteri kepada arwah Abam iaitu Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Sehubungan dengan itu, ramai di antara rakan artis dan kenalan arwah turut sama-sama berkongsi kenangan manis dan kebaikan arwah.

Turut berduka dengan berita itu adalah Ebit Lew yang merupakan seorang pendakwah bebas yang pernah bekerjasama dengan arwah.

Kebaikan arwah Abam ketika hayatnya

Menerusi Facebook, Ebit Lew telah memuat naik satu video dan berkongsi kenangan bersama arwah semasa hayatnya.

“Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Sahabat yang baik. Walau beberapa kali berjumpa. Kami selalu bermesej”.

Abam nak ikut pergi tepi jalan berdakwah dan bagi orang makan

“Abam nak ikut pergi tepi jalan berdakwah dan bagi orang makan. Katanya saya sayang ustaz teruskan dakwah yer ustaz dengan kasih sayang. Semua orang rindukannya”.

“Saya tanya apa rahsia rezeki melimpah ruah. Sedih dengar betapa sayangnya pada ibunya. Asyik menangis masa balik tabir bersama ibunya dan isterinya masa tu”.

Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik

“Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik. Sponsor adik kahwin. Semua dah kahwin baru abam kahwin”.

“Betapa susah mak menjaga masa kecil. Dia sebak masa sebut semua tu. Ya Allah”.

Semoga diberi syurga Firdaus buat arwah

“Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey semoga Allah ampunkan semua dosa dan beri syurga Firdaus buat dirinya.

Semoga ibu, isteri dan seisi keluarga kuat yer. Allah sayang semuanya”.

Sementara itu, Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki,

Mereka menamakan anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, yang kini berumur 5 bulan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.