Sekitar pagi tadi, kita dikhabarkan dengan satu berita sedih apabila kehilangan seorang pelawak terkenal iaitu Abam Bocey.
Menurut isteri Allahyarham iaitu Nor Hidayah, suaminya itu tidak menyedarkan diri saat dikejut untuk menunaikan solat Subuh.
Allahyarham mungkin terlalu penat bekerja
Sementara itu, menurut kakak Allahyarham iaitu Sharifah Nor Wahidah, adiknya mengalami demam mungkin kerana terlalu penat bekerja.
Berita ini pastinya meruntun jiwa ibunya Sabariah Arshad, yang rapat dengan arwah dan menjadi insan yang paling terkesan dengan pemergiannya
Allahyarham merupakan seorang permata yang pergi meninggalkan kita
Kediaman Allahyarham Abam di Gombak dilihat telah dibanjiri dengan ramai orang yang datang berziarah.
Menerusi laman sosial Instagram, ramai rakan artis yang membuat posting khas untuk arwah Abam.
Ramai rakan artis berkongsi sisi baik pelawak itu
Kebanyakan posting yang dimuat naik oleh mereka berkisarkan perkongsian banyak cerita lama yang seolah-olah mendedahkan sisi-sisi baik pelawak tersebut sepanjang hayatnya.
Turut menjadi tumpuan adalah Instagram Era yang sempat memuat naik sebuah video yang mengundang sebak tatkala Johan datang menziarahi kediaman Allahyarham.
Johan melutut sambil menengkan ibu Abam
Dapat dilihat, pelawak tersebut sedang melutut sambil menenangkan ibu Abam yang sudah menitiskan air mata.
Suasana pilu menyelubungi perkarangan Masjid Utara Gombak turut didatangi ramai orang yang sedang menunggu ketibaan jasad Allahyarham.
Arwah seorang anak yang baik
Selain itu, sebuah video di akaun Instagram abpbh-32 juga, Puan Sabariah Arshad sempat menceritakan sedikit tentang sikap Abam selama ini.
Arwah disifatkan seorang anak yang baik kerana tidak pernah mengeluh sepanjang menjaganya selain turut gemar bersedekah kepada anak-anak yatim.
Pengebumian Allahyarham Abam dilaporkan selesai sekitar jam 7 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Pingback: [VIDEO] "Terputus sudah antara kita, berbeza sudah dua dunia" Lirik Nyanyian Abam Sentuh Hati Pendengar | YOY Network