Siapa yang tak kenal dengan kumpulan pelawak Bocey, mereka bersahabat baik dan menempa kejayaan bersama lebih sedekad.
Sudah tentu pemergian Abam semalm telah merentap dan meremukkan jiwa Achey dan Fad.
Bukan sekejap mereka bersama-sama menghiburkan para peminta, lebih 10 tahun!
Achey yang masih berduka dengan pemergian Abam, sempat berkongsi ucapan hari lahirnya menerusi Instagram buat Abam pada tahun lepas.
Perkongsian itu dimuat naik semula di laman Instagram membuatkan ramai yang berasa sebak.
“Tq sahabat.. love u so much..semoga kita kekal sampai mati @fadbochey @acheykintangkintung Kalau aku mati tolong kebumikan aku…”
Itulah permintaan oleh arwah Abam kepada Achey semasa Achey mengucapkan selamat hari lahir buatnya, namun tiada siapa pernah menyangka bahawa apa yang dikatakan telah pun menjadi satu kenyataan semalam.
Bagi Achey, kata-kata Abam itu dulu hanya dianggap sebagai gurauan baginya sehinggalah ke hari ini, barulah dia menyedari bahawa itu adalah amanat daripada Abam buat dirinya dan dia bersyukur dapat tunaikannya.
Rata-rata netizen tersentuh hati dan sebak dengan setiap ungkapan dan permintaan Allahyarham Abam.
Semalam, kita dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Abam apabila beliau dikhabarkan telah meninggal dunia awal pagi Isnin.
Berita itu disahkan sendiri oleh isterinya yang cuba membangunkannya untuk solat Subuh namun tiada sebarang respon.
Jenazah telah selamat dikebumikan lewat petang Isnin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Semoga Allahyarham tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.