Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Abam tanggung ustaz keliling negeri berceramah” Ali Puteh Kongsi Amalan Abam

Pemergian pelawak negara Allahyarham Abam Bocey sehingga kini masih menjadi bualan ramai walaupun telah memasuki hari kelima.

Kebaikan yang dilakukan semasa hayat Allahyarham Abam atau nama betulnya Syed Umar Mokhtar terbongkar satu demi satu.

Kebaikan Allahyarham terbongkar satu demi satu

Nama Allahyarham Abam sehingga kini masih meniti dibibir setiap lapis masyarakat yang terkesan dengan pemergian beliau.

Pada hari ini, pihak Malaysia Gazette telah berpeluang untuk menziarahi kediaman arwah di Gombak.

Pihak Malaysia Gazette telah bertemu sendiri adiknya, Syed Ali Mubarak dan isteri allahyarham Siti Norhidayah Mohd Ali.

Temubual dari hati ke hati bersama adik dan isteri Allahyarham

Menerusi temu bual tersebut, perasaan sebak dan pilu tidak dapat ditahan apabila Ali menceritakan bagaimana kehidupan abangnya yang ternyata luar biasa.

Allahyarham banyak melakukan kebaikan tanpa pengetahuan umum. Perkara itu dikongsi oleh Ali yang dilihat tenang menceritakan satu demi satu rahsia arwah.

Turut membiayai ustaz berdakwah dan tanggung anak yatim

Menurutnya lagi, Allahyarham Abam turut menyalurkan sumbangan ke beberapa sekolah tahfiz dan menanggung anak-anak yatimm dari keperluan dan kewangan.

Peribadi Allahyarham yang pemurah sanggup menanggung perjalanan seorang Ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Anaz dari Pahang.

Allahyarham menanggung perjalanan Ustaz  Anaz mengelilingi negeri untuk menyampaikan ilmu agama kepada orang ramai.

Selain itu, perkara ini jiga turut dimaklumkan sendiri oleh pendakwah terkenal iaitu PU Azman melalui panggilan telefon kepada Ali dalam nada yang cukup sebak.

Seorang yang pemurah dan tidak berkira

Ali juga turut memberitahu, sikap Abam ini sememangnya begitu hebat kerana langsung tidak berkira lagi-lagi dari segi rezeki.

Allahyarham dikatakan turut berbelanja sesiapa sahaja tidak kira rakan ataupun orang awam.

Kebiasaannya Allahyarham Abam sentiasa membawa wang tunai dalam jumlah yang agak besar bagi memudahkannya bersedekah.

Dikelilingi oleh orang-orang hebat 

Sementara itu,Ali juga sempat menyebut bahawa semasa jenazah dalam proses diuruskan, ribuan manusia telah berhimpun di masjid bagi menyembahyangkan Allahyarham Abam.

Ali turut berasa terharu kerana para pendakwah terkenal, imam-imam, anak-anak yatim dan tahfiz, sahabat handai, keluarga.

Ali turut berkongsi perihal post mortem abangnya 

Disamping itu, orang awam yang tidak dikenali juga datang berpusu-pusu kerana ingin memberikan penghormatan terakhir buat abangnya.

Ketika menyentuh isu post-mortem berkaitan arwah, Ali memberitahu pihak mereka tidak melakukan sebarang post-mortem.

Mereka dibahagian forensik Hospital Selayang mengambil sedikit darah dan juga tisu badan arwah sebagai rujukan mengetahui punca sebenar pemergiannya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.