Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Emma ada hati yang baik” Emma Maembong Sah Isteri Pilot

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Emma Maembong, 27, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, di sini, jam 11.58 pagi tadi. Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz berwalikan bapa pengantin perempuan, […]

Pelakon popular Emma Maembong, 27, kini sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara dengan sekali lafaz.

Dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz, pasangan ini berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.

Di dalam majlis berkonsep rona putih dihadiri 300 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 dan senaskhah al-Quran, selain tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.

Namun begitu, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. Selain adik-beradik Emma seperti Chacha Maembong, rakan artis lain yang hadir adalah Mawar Rashid, Alvin Chong, Aprena Manrose dan Oktovia Manrose.

Emma bersyukur segalanya berjalan lancar.

“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah hari ini sangat cantik, jadi mengapa tidak kami abadikan sebagai detik bahagia saya dan suami.”

Emma percaya ada hikmah tersendiri biarpun semuanya berlaku dengan pantas.

“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah.

“Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami… Insya-Allah,” katanya yang tampak ayu dengan tata rias Nad Ismail.

Emma dan Shazli bertemu buat kali pertama pada tahun 2017 ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi pelakon, Uqasha Senrose.


Walaubagaimanapun, ketika itu, mereka hanya berborak kosong dan tidak pernah menjangka akan berlaku apa-apa.

“Sehari selepas berjumpa, suami ada melayangkan mesej di Instagram (IG). Namun, saya tidak sedar. Hanya pada suatu hari pada 2018, baru saya perasan mesej yang dihantarnya itu.

“Ketika itu, kami hanya berbual biasa termasuk soal kucing. Perbualan itu bagaimanapun berakhir begitu saja.

“Dipendekkan cerita, pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubung semula di IG. Kali ini, interaksi itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon.”

Tambahnya lagi, seminggu selepas itu barulah suaminya memberitahu mahu menjadikanya sebagai kekasih.

“Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Minggu berikutnya, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isteri,”

Menurut Emma, sikap, kesungguhan dan keberanian Muhammad Shazli antara yang berjaya membuatkannya terpikat.

“Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini. Saya juga mahu perkara sama. Semuanya bagai tersusun cantik. Dia lelaki yang mementingkan keluarga, agama dan matang.

“Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Shazli mengaku kagum dengan sifat isteri yang rajin bekerja selain memiliki kecantikan semula jadi.

“Emma ada hati yang baik. Dia tahu apa yang diinginkan dalam hidup selain mengutamakan keluarga seperti saya. Dia sangat tegas dalam membuat keputusan.

“Saya lihat dia ramai kawan, namun, dia memilih sahabat yang betul-betul untuk rapat dengannya,” katanya yang membesar di Selangor.

Walau bagaimanapun, pasangan ini belum merancang destinasi berbulan madu dan tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak secepat mungkin.

Menurut Emma, majlis berinai akan dibuat pada 6 Mac depan dan sehari selepas itu, pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di Putrajaya.

Tahniah diucapkan kepada Emma Maembong dan juga suami. Semoga ikatan dibina berkekalan hingga akhir hayat.

Video majlis pernikahan Emma Maembong

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.