[VIDEO] Bagi RM10Ribu ‘Cash’ Depan Istana Negara, Youtuber Muda Dihalau Polis
Cubaan seorang YouTuber untuk mengagihkan RM10,000 secara tunai kepada orang ramai yang berkumpul di luar Istana Negara gagal dilaksanakan apabila dihalau pihak polis. Isa Isarb, yang sering menghasilkan video ‘prank’ memuat naik sebuah video di laman Facebook yang melakukan cabaran bagi menghabiskan kesemua duit tersebut. Walaupun menyedari tindakan itu berisiko dan salah di sisi undang-undang, […]
Sekitar beberapa hari ini Istana Negara telah menjadi salah satu tempat tumpuan wartawan untuk membuat liputan langsung berhubung isu politik yang dialami negara ketika ini.
Banyak sumbangan kepada media yang berkampung di Istana Negara
Pelbagai bentuk sumbangan diberikan kepada media yang sanggup berpanas di hadapan Istana Negara demi memberi liputan terkini kepada orang ramai.
Sekitar beberapa hari ini, beberapa jenama seperti Milo, Watson , Xiamo turut membekalkan media dengan kelengkapan yang diperlukan oleh mereka.
Youtuber agih RM10, 000 tunai di luar Istana Negara
Namun begitu, cubaan seorang YouTuber untuk mengagihkan RM10,000 secara tunai kepada orang ramai yang berkumpul di luar Istana Negara gagal dilaksanakan apabila dihalau pihak polis.
Isa Isarb, yang sering menghasilkan video ‘prank’ memuat naik sebuah video di laman Facebook yang melakukan cabaran bagi menghabiskan kesemua duit tersebut.
Walaupun mereka menyedari tindakan itu berisiko dan salah di sisi undang-undang, pemuda yang mempunyai 375,000 pengikut di Youtube itu tetap nekad untuk melakukan cabaran tersebut.
Edarkan RM 1 kepada orang ramai termasuk media
Difahamkan setelah Isa dan rakan-rakannya tiba di lokasi, mereka mengedarkan RM1 kepada orang ramai termasuk wartawan, jurugambar, dan jurukamera yang bertugas di luar pintu istana.
Walaubagaimanapun, ramai diantara mereka yang ada di situ terpinga-pinga dengan tindakan kumpulan tersebut.
Segelintir dari mereka ada yang menerimanya namun terdapat juga segelintir tidak mahu menerima duit tersebut.
Ramai yang persoalkan tujuan Youtuber itu
Ada diantara mereka turut mempersoalkan apakah tujuan Isa dan rakan-rakannya berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, Isa dan rakan-rakanya hanya sempat menghabiskan RM600 sebelum diarah oleh beberapa pegawai polis untuk meninggalkan lokasi berkenaan.
Sementara itu, video tersebut telah mendapat 340,000 tontonan dan 7,500 tanda suka serta ribuan komen netizen.
Ingin raih populariti dan penonton semata-mata
Selain itu, tindakan youtuber itu telah mendapat perhatian orang ramai dan netizen mula meninggalkan komen mengenai tindakan youtuber itu.
Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Isa dan rakan-rakannya yang dikatakan sekadar ingin populariti demi meraih penonton semata-mata.