Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Tiada kedua belah kaki sejak lahir” Adik Dhiya Sebak di Ceramah Ebit Lew

Penceramah terkenal Ustaz Ebit Lew sememangnya dikenali sebagai seorang pendakwah yang sering membawakan isu-isu kekeluargaan dalam penyampaiannya. Tidak hanya tertumpu kepada pasangan yang sudah berumah tangga, ceramah kendalian beliau juga dihadiri oleh kanak-kanak sekolah yang mahu menimba ilmu daripada Ebit Lew. Baru-baru ini, menerusi muat naiknya di Facebook, Ebit Lew telah menemuramah seorang kanak-kanak yang […]

Siapa yang tak kenal dengan penceramah bebas Ustaz Ebit Lew yang sentiasa menjadi rujukan di dalam ilmu keluarga dan juga agama.

Setiap ceramah Ebit yang sentiasa disenangi kerana tutur katanya yang lembut serta lunak bukan saja tertumpu kepada pasangan yang sudah berumah tangga, bahkan dihadiri oleh kanak-kanak sekolah yang mahu menimba ilmu.

Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit Lew telah berbual dengan seorang kanak-kanak yang dilihat khusyuk mendengar perkongsiannya.

Baru berumur sembilan tahun, kanak-kanak itu juga merupakan insan kelainan upaya (OKU) kerana tidak mempunyai kedua belah kaki sejak lahir.

Lebih menyayat hati, kanak-kanak comel itu juga dilihat menangis sepanjang ceramah yang berlangsung kerana sebak dan terkesan dengan penyampaian Ustaz Ebit Lew.

Menerusi klip video tersebut, Ebit Lew memberitau bahawa kanak-kanak bernama Dhiya itu sangat sempurna dengan wajah yang cantik serta perilaku yang sopan.

Ustaz Ebit juga mendoakan agar adik Dhiya diberi kekuatan dan diapnjangkan umur serta dimurahkan rezeki.

“Sebak menangis rasa. Adik Dhiya cantik comel ni tiada kedua belah kaki semenjak lahir. Ya Allah. Dari mula sampai akhir duduk depan sekali.

“Khusyuk mendengar. Sepanjang ceramah menangis dan tekun mencatat semua isi ceramah saya. Periksa dapat A jer. Ya Allah betapa baiknya anak ini.

“Berilah kekuatan padanya. Jagakanlah Dhiya ini terus kuat dan panjangkan umur berkat rezeki umur menjadi matahari hidayah.

“Tersebarnya Islam ke seluruh dunia. Berjuta rahmat yang kau beri pada anak dan ibu bapanya, berilah sedikit rahmat buat diriku. #ProkidsIpoh

“Semoga perjalanan ini menjadi asbab kebaikan. Doakan minggu depan Prokids di Terengganu, Kuantan dan seterusnya di Sabah, Sarawak, Johor, Melaka dan di KL.”

Semoga adik Dhiya sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusannya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.