Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Harap muka baby seiras awak” Sebak Disahkan Hamil Selepas 3 Hari Suami ‘Pergi’ Selamanya

Kehilangan orang yang tersayang pastinya sesuatu yang perit untuk dilalui, tambahan pula jika insan tersebut merupakan pasangan hidup.

Ajal, pertemuan dan perpisahan merupakan ketentuan yang Maha Esa. Takdir yang tertulis tidak mampu kita ubah.

Satu kisah sebelum ini telah tular apabila seorang lelaki telah pergi mengadap Ilahi ketika bermain futsal.

Baru dua bulan mendirikan rumah tangga

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh isteri arwah, mereka baru 2 bulan mendirikan rumah tangga.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum you.. you tak sempat nak siapkan vd ni.. tapi takpe.. i tk kesah.. you pergi dulu tinggalkan i, family & kawan2 you kat sini. You saje tak kasi i balik jb sbb taknak i tgk u pergi depan i kan? I faham….. maafkan semua kesalahan i kat you ye.. halalkan semua makan minum i yg you selama ni dah bagi. Hari ini genap 2 bulan kita nikah (7th Sept 2019). Tapi perkahwinan ini akan menjadi memori i yang paling terindah. Mak i cakap “kakak dah tunaikan kewajipan dia untuk berkahwin” kata2 yang buat i kuat terima semua ni. Jangan pernah berhenti sayang i ok? I sayang you Mirul.. you lelaki yang sempurna. mintak semua sedekahkan alfatihah ye untuk arwah suami saya.. terima kasih you 💓

A post shared by Al-fatihah Suamiku Amirul (@ai_pav) on

Walaubagaimanapun, satu berita gembira telah diumumkan oleh isteri arwah yang bernama Airina Roslan apabila dia disahkan hamil.

Sebak, disahkan hamil selepas 3 hari suami pergi 

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Twitter, Airina disahkan hamil selepas tiga hari arwah suaminya pergi mengadap Ilahi.

 

View this post on Instagram

 

3 hari selepas you pergi, i baru tau i pregnant you.. i mintak maaf i tak sempat nak bgtau you… Seminggu sebelum you pergi, setiap hari you cakap i pregnant. Tapi bila i check, negative. Tapi u hari hari paksa i check lg 😂 you kata u yakin i pregnant. Hahaha. Tapi baby pun malu malu lg nk tunjukkan diri dia time tu. lepas ayah tkde, baru nk tunjukkan diri ye baby? Tkpe.. ayah mesti dah tau dulu tu.. hihi. You taknk tengok i sedih lama lama kan? Sbb tu Allah bg hadiah ni kt i & family kita. Semoga Allah mudahkan urusan i & anak kita ye you.. semoga i dapat melatih diri i untuk jd ibu yg baik utk anak kita. I harap muka baby sebijik you! Boleh la i gomol dia tiap hari! Kurang sikit rindu i kt youuu hihi. #weloveyouAyah 💓

A post shared by Al-fatihah Suamiku Amirul (@ai_pav) on

“3 hari selepas you pergi, i baru tau i pregnant you, I mintak maaf i tak sempat nak bgtau you”.

Allah bagi hadiah dekat saya dan family kita

“Seminggu sebelum you pergi, setiap hari you cakap i pregnant. Tapi bila i check, negative. Tapi u hari hari paksa i check lagi you kata u yakin i pregnant”.

“Tapi baby pun malu malu lagi nak tunjukkan diri dia time tu. Lepas ayah tak ada, baru nak tunjukkan diri ye baby. Tak apa, ayah mesti dah tau dulu tu”..

“You taknk tengok i sedih lama lama kan? Sebab tu Allah bagi hadiah ni kat i dan family kita”.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum you.. you ingat tak time semua org nk ambik gmbr kita time nikah & sanding.. i selalu nk posing peluk u, cium u.. haha yela dah halal kan! Youuuu tolong lah i mohon, i merayu sangat2 youuuuu.. tolong lah.. tunggu lah i kat sana. Mak cakap kalau kt syurga kita akan jumpa soulmate kita. I harap sangat i lah soulmate you tu.. U tau tk, ramai org suruh i kuat and jgn sedih sbb u pergi dlm keadaan yg dicemburui. Ramai org yg nak pergi mcm u.. senang je.. tanda2 org baik, ahli syurga. Amin. jd i tak boleh sedih dah.. i kena kuat. Kepada yg baca ni.. airin mohon kalau bercakap tentang Mirul.. kalau boleh gunakan “Pergi berehat” utk gantikan “meninggal” dan “rumah baru” utk gantikan “kubur”.. bnda ni sedikit sebanyak dpt kurangkan rasa sedih yg ada.. terima kasih banyak… Mirul & Airin sayang semua. Alfatihah.

A post shared by Al-fatihah Suamiku Amirul (@ai_pav) on

 “Semoga Allah mudahkan urusan i dan anak kita ye you. Semoga i dapat melatih diri i untuk jadi ibu yang baik untuk anak kita”.

Saya harap muka baby sebijik awak

“I harap muka baby sebijik you! Boleh la i gomol dia tiap-tiap hari! Kurang sikit rindu i kat you”.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Airina dan keluarga tabah menghadapi ujian dan dugaan ini .

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.