Seperti yang diketahui umum, wabak Covid-19 sedang menular di Malaysia dan juga seluruh dunia.
Antara unsung hero yang tak didendang adalah barisan depan petugas kesihatan yang bertungkus-lumus menangani wabak ini setiap hari.
Jika rakyat mula risau membeli belah di pasaraya, bayangkan betapa sibuk barisan hadapan petugas kesihatan ini yang berdepan dengan pesakit positif Covid-19 setiap hari.
Mereka ini terpaksa bekerja lebih dari waktu kebiasaan dan mengorbankan masa mereka untuk keluarga bagi membantu pesakit yang memerlukan rawatan ketika ini.
Doktor rawat Covid-19 terpaksa mandi 5 kali sehari
Pelbagai kisah petugas kesihatan yang dipanggil barisan hadapan ini antaranya mereka tidak sempat pulang ke rumah untuk berehat.
Ada juga diantara mereka terpaksa melupakan hasrat bercuti dan menjenguk keluarga di kampung kerana risau menjadi agen penyebaran wabak ini secara tidak sengaja.
Sementara itu, satu posting yang dikongsikan oleh seorang doktor yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dia telah berkongsi keadaan yang dihadapi ketika ini.
Menurut Faiqah Nastasha, beliau terpaksa membersihkan diri lebih daripada 5 kali sehari kerana risau akan berlaku sebarang jangkitan seusai merawat pesakit.
Rela potong rambut demi tugas
Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan dengan menggunting sahaja rambut bagi memudahkan ia kering dan mengelakkan kelewatan daripada bertugas.
Pada masa yang sama, beliau masih perlu menyimpan susu ibu perahan setiap 4 jam sekali, untuk kegunaan anaknya yang berusia 5 bulan.
Tidak mahu virus Covid-19 menular, ibu ini rela mandi berkali-kali dan memotong rambutnya.
Hari ini dah 5 kali mandi
Pengorbanan yang dilakukan ini demi tanggungjawab pada negara serta keselamatan suami dan anaknya di rumah
“This is me. Trying to find something to smile in this frustratingly dire pandemic. We have to wear this PPE when in contact with patient COVID”.
“Masok isolation room kena pakai. Kuar iso room cabut dan buang. Then terus mandi. Now hari ni je dah lebih 5 kali mandi, sebab i still EBM (susu ibu perahan)”.
Doktor sanggup potong rambut sebab tak sempat kering
“I have a 5 months old, still breastfeeding baby kat rumah. So im super paranoid and thus mandi everytime sebelum my 4 hourly EBM. Can imagine?”.
“So out of frustration, i grab a pair of scissor and chopmy hair off. Why? Sebab tak sempat nak kering despite ada hair dryer”.
“Its horrible and i look like Ronald McDonald. But i have awesome self confidence to pull it off”.
You botak pun, i tetap sayang u
Namun begitu, penat lelah beliau sedikit terubat apabila pulang ke rumah, suami dan anak-anak memberikan kata semangat dan membuatkanya lega.
“Balik rumah, khairi saw my hair. He pulled me close, give me a hug and said, “You botak macam mana pun, i tetap sayang u.” In front of Haris and Nayla.
Minutes later, time tengah pakai kan baju Haris, he said, “Rambut mummy silly! Tapi mummy cantik. Tapi Haris sayang mummy.”
Semoga pengalaman dan pengorbanan beliau menjentik kesedaran di hati untuk sama-sama memberikan kerjasama ‘Menghadkan Pergerakan’ anda selama 14 hari demi menyekang penularan Covid-19.
Pingback: Dinding barisan hadapan negara teguh memerangi COVID-19 – Kata Malaysia