Connect with us

Viral

Lihat Top 4 Pantai Tercantik di Krabi

Krabi merupakan  sebuah wilayah (changwat) yang terletak di pinggir pantai Laut Andaman, selatan Thailand. Wilayah-wilayah jiran adalah (dari arah utara mengikut jam) Phang Nga, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, dan Trang.

Wilayah Phuket terletak di arah barat lies, seberang Teluk Phang Nga. Ibu negeri bagi wilayah ini adalah bandar Krabi.

Krabi sememangnya terkenal dengan pantai yang cantik dan pemandangan yang sangat indah. Jom lihat 4 pantai tercantik yang ada di Krabi.

Baca: Thailand Haramkan Rokok Di Pantai!

1. Pantai Railay

Pergi ke pantai dan bersedia untuk memanjat batu! Pantai Railay terkenal dengan pembentukan batu kapur yang luar biasa dan perairan yang sangat jernih.

Anda boleh naik bot panjang dari pantai Ao Nang dan menuju Railay untuk aktviti berenang dan rock climbing!

2. Pantai Pulau Phi Phi

Pulau Phi Phi menawarkan percutian tropika dengan pemandangan pantai yang sempurna. Untuk sampai ke Phi Phi, terdapat dua cara: feri dan bot laju.

Feri adalah paling popular untuk pergi ke pulau ini. Feri mengambil masa kira-kira dua jam dari Phuket dan 90 minit dari Krabi atau Koh Lanta.

3.  Pantai Tha La Whaek

Salah satu highlights yang jarang dilihat di Thailand ialah fenomena semulajadi yang menakjubkan yang akan berlaku di Pulau Ko Daam Kwan lima hari sebelum dan selepas bulan purnama.

Ia mendedahkan pantai pasir putih dan batu kapur. Pantai Tha Le Whaek menghubungkan 3 pulau, yang anda boleh teroka dengan berjalan kaki apabila air surut.

4. Ko Lanta Yai


Ko Lanta Yai  terletak di Laut Andaman di pantai barat Thailand, antara Pulau Phi Phi dan tanah besar. Ia merupakan sebahagian dari Daerah Krabi, yang sebahagian besarnya berada di tanah besar.


Klook.com

Saiz pulau ini 25 km panjang dan 6 km luas, dengan keluasan 81 km2, dan sebahagian kecilnya adalah milik Taman Negara Mu Ko Lanta. Kawasan tersebut telah ditetapkan sebagai taman negara ke-62 Thailand pada tahun 1990.

 

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.