Sepanjang Ramadhan pada tahun ini slot Akasia TV3 membawakan drama adaptasi dari novel Bukan Gadis Biasa.
Menerusi Drama Bukan Gadis Biasa ini menerima kritikan antaranya teknik suntingan yang disamakan dengan budak sekolah oleh netizen.
Walaubagaimanapun, pemilihan penerbit drama terbabit dan Shiela Rusly sendiri memegang watak opah turut dipersoal.
Namun begitu, persoalan tersebut kemudiannya dijawab suami Shiela, Azman Yahya atau Jinggo di Instagram.
Persoalan tidak menggunakan pelakon veretan yang ada
Segenlintir peminat turut persoalan pemilihan beberapa watak dalam drama tersebut kerana bukan pelakon benar-benar berusia dipilih.
Persoalan tersebut turut ditinggalkan beberapa peminat drama terbabit di Instagram Shiela.
Tambahan salah seorang daripada pengikut Shiela turut mengemukakan isu pelakon veteran tidak mendapat tawaran berlakon pernah ditimbulkan media.
Pertanyaan itu dibalas Jinggo
Persoalan tersebut akhirnya mendapat reaksi Jinggo yang membalas dan menjelaskan teguran berkenaan.
Beliau dengan komen panjang lebar menjustifikasi mengapa pihaknya memilih Shiela sebagai watak opah.
Menurutnya, penonton tidak faham bagaimana cara orang industri bekerja kerana individu itu tidak bekerja dalam bidang ini.
Pelakon berusia tidak boleh menghafal dialog panjang
Selain itu, pelakon berumur berusia 80-an sukar ditransformasi ke umur 50-an jika diperlukan, selain pelakon berusia mungkin tidak boleh menghafal dialog panjang.
Jinggo juga menerangkan keperluan untuk berada di set dari pagi sehingga lewat hari dan mungkin akan kepenatan sehingga mengganggu proses penggambaran turut menjadi faktor keputusannya itu.
Semoga persoalan yang menjadi tanda tanya oleh peminat Drama Bukan Gadis Biasa terjawab dengan penerangan dari pihak produksi.