Kalau anda suka pada air laut yang jernih dan pantai yang cantik, pasti anda tahu Pulau Tioman adalah salah satu pulau di Malaysia yang sangat cantik.
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di Rompin, Pahang, Malaysia. Ianya terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.
Untuk pergi ke Tioman, anda boleh menaiki feri dari Mersing, Johor ataupun dari Tg. Gemok, Pahang dengan harga tambang feri RM35 seorang untuk dewasa. Masa perjalanan adalah 45 minit.
Ada banyak chalet dan resort di Pulau Tioman dengan range harga yang pelbagai. Jom tengok 5 chalet murah terbaik di Tioman
1. Panuba Inn Resort
Panuba Inn merupakan salah satu resort yang selalu menjadi perhatian para pengunjung ke Pulau Tioman. Panuba Inn terletak di Teluk Panuba, terasing dari resort yang lain, ia menjanjikan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan.
Resort ini juga menawaran pakej snorkelling pada harga yang murah dan sesuai dengan jenis penginapan yang disediakan.
Harga bilik bermula: RM115
Booking Harga Istimewa: Booking.com/panuba
2. SP Barakah Chalet
Terletak berhampiran pantai, SP Barakah Chalet Tioman menyediakan penginapan di Pulau Tioman.
Terdapat 10 chalet di lokasi. Setiap chalet dilengkapi dengan kipas, katil sofa dan tong sampah. Bilik mandi en suite dilengkapi dengan pancuran mandian. Tuala juga disediakan.
Tempat penginapan ini menawarkan basikal sewa dan WiFi dengan bayaran tambahan.
SP Barakah Chalet Tioman juga menyediakan kemudahan barbeku secara percuma. Tetamu boleh menjamu selera di restoran di lokasi.
Harga bilik bermula : RM70
Booking Harga Istimewa: Booking.com/SPbarakah
3. Juara Ocean Chalet
Terletak di Kampong Juara, Juara Ocean Chalet menawarkan penginapan dengan balkoni.
Terdapat tempat duduk dan ruang makan di semua unit.
Harga bilik bermula : RM120
Booking Harga Istimewa: Booking.com/JuaraBeach
4. ABC Beach Tioman
ABC Beach Tioman terletak di Kampung Air Batang, Pulau Tioman. Chalet ABC Beach ini berada berdekatan dengan jeti Kampung Air Batang dan bersebelahan dengan Panuba Inn Resort.
Harga bilik bermula : RM90
Booking Harga Istimewa: Booking.com/ABC
5. Juara Mutiara Resort
Juara Mutiara Resort menyediakan chalet yang moden dengan bilik mandi peribadi di Pulau Tioman. WiFi percuma boleh diakses di kawasan umum di resort. Para tetamu mempunyai akses ke restoran dan kawasan pantai peribadi.
Terletak di dalam kawasan peribadi dan persekitaran yang damai, setiap chalet ini dilengkapi dengan balkoni, ruang tempat duduk dan ruang makan luaran. Ia termasuk cerek elektrik dan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandi serta peralatan mandian percuma.
Para tetamu boleh pergi memancing, berkanu, menyelam dan snorkeling semasa penginapan mereka. Aktiviti lain termasuk mendaki dan berbasikal di kawasan yang berhampiran.
Harga bilik bermula : RM160
Booking Harga Istimewa: Booking.com/JuaraMutiara