Connect with us

Semasa

“Ikon penyatuan negara!!” Lee Chong Wei Beri Sumbangan Pada Masjid

Ramai insan diluar sana menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa, kaum atau warna kulit.

Keunikan Masyarakat majmuk di negara mendorong kita membantu insan lain tidak kira dari segi apa pun dan mengangggap kita semua ada satu Malaysia.

Kepuasan dan memberi dan membantu sememangnya memberikan kepuasan dan menambahkan rasa syukur dalam diri.

Datuk Lee Chong Wei beri sumbangan kepada Masjid

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook oleh Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur, seorang atlit negara datang menghulurkan bantuan.

Beliau adalah bekas pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei, yang memberikan sumbangan kepada masjid berkenaan.

Menurut Facebook rasmi masjid itu, Datuk Lee Chong Wei memberikan sumbangan wang tunai dan kelengkapan untuk masjid tersebut.

Sumbangan wang dan kelengkapan Masjid

“Terima kasih Datuk Lee Chong Wei”

“Diatas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala dikala suasana PKP ini”.

“Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga Kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP”.

Semoga kebaikan milik kita bersama

“Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin”.

 

View this post on Instagram

 

Walaupun saya bukan beragama Islam dan tidak berpuasa, tapi saya rasa Hari Raya mmg hari yang dinanti-nantikan oleh semua warganegara. Time sekolah baru start penggal, cikgu akan terangkan cuti-cuti perayaan dan cuti semester tahun tu. Budak-budak hafal terus tarikh Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Keamatan, Deepavali dan Christmas. Tarikh-tarikh tulah yg ada chan dibawa ibu bapa pi jalan. Masih ingat zaman kecil-kecil, time Raya mak bapa akan bawa pi open house saudara beragama Islam dan rumah jiran-jiran Melayu. First house tu tak kisah rumah siapa, confirm ada rendang ayam, serunding, sambal sotong dan ketupat. Bestnya. Ada lagi Kuih batik! Aduhai, kluar air liur terpikir… Then petang-petang, ikut jiran Melayu main mercun. I ingat mercun Cina power, pergh melompat I tgk meriam mercun dia. Dia kata meriam dia mesti kena power sebab nak jaga maruah kampung kita! Memang seronok. Itu time dulu ya kekawan, budak-budak skarang jgn main mercun, bahaya! Time masuk sekolah sukan, time Raya kantin akan sediakan hidangan raya special. Rombongan ramai-ramai berbaju raya serbu open house jurulatih. Itu semua kenangan terindah. I ingat masa saya belasan tahun, ada selisih faham dgn pemain Indonesia sorang. Tak sure saper betol saper salah, tapi jumpa jer di gelanggang, pandang panas jer kita dua, mmg tak puas hati. Tiba time raya, teammate nasihat I hantar mesej raya kepada dia. Saya pun msg, “Selamat Hari Raya. Macam sukan badminton, kita restart kosong-kosong pak. Maaf zahir dan batin”. Dari saat itu sampailah sekarang, kami masih berkawan baik. Kawan-kawan semua, saya faham semua berasa sedih sebab Raya kali ini mungkin terjejas disebabkan coronavirus. Saya hanya boleh menasihatkan semua agar bersabar. Kesabaran tahun ini bakal dibalas dengan kenikmatan perayaan hari raya tahun-tahun kelak untuk anak-cucu kita, sepertimana kamu menikmati suasana raya time dulu-dulu. Saya, @wongmewchoo dan dua anak lelaki @kingstonleekc @terrance_leekj ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumpul sepuluh jari, meminta ampun serta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikannya. Seperti sukan badminton, kita restart ya…. Kosong-kosong.

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur dan terharu dengan pemberian kepada institusi masjid walaupun bekas pemain badminton negara ini bukan beragama Islam.

Semoga sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Lee Chong Wei itu menjadi inspirasi kepada kita semua.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.