Anak lelaki kepada pengasas kosmetik Dnars Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, Mohamed Aqbar Hakim Jasman redha dengan ujian menimpa dirinya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Aqbar meluahkan perasaan tersebut sehari sebelum kesnya dibicarakan.
“Mummy…abang minta maaf kerana belum sempat melawat Mummy selepas abg dibebaskan polis. Peguam tidak benarkan abang pergi jauh dari kawasan ni, kerana bila-bila masa akan didakwa di mahkamah.
“Mummy, esok abang akan didakwa di mahkamah Jalan Duta. Mummy jangan risau .Abang akan steady untuk hadapi semua cabaran ini,” tulisnya.
Bagaimanapun anak sulung daripada tujuh beradik itu bersyukur kerana ahli keluarga dan sahabat berdiri teguh dibelakangnya memberikan sokongan serta semangat.
“Semua orang berdiri belakang abang. Semua sahabat-sahabat Dnars ada di kiri kanan abang. Semua ahli-ahli keluarga Mummy berdiri belakang abang.Kawan yang betul-betul kawan support habis-habisan.
“Tak mengapalah Mummy, kebenaran pasti datang. Keadilan pasti menjelma. Cahaya keadilan sudah mulai kelihatan walaupun sayup-sayup di hujung terowong. Arwah baik ramai sayang.
“Al-Fatihah untuk bondaku tersayang,” tulisnya.
Aqbar, 20, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Rabu atas pertuduhan menguguut bapa tirinya melalui WhatsApp.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Mageswary.
Tertuduh didakwa menakuutkan secara jenayyah terhadap bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 43, dengan ugutaan iaitu dengan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp dibaca: “Papa igt deh kalau adik ore mti, ore g panc*ng belako”.