Australia merupakan negara yang sentiasa menjadi pilihan pelancong dari Malaysia. Ini kerana Australia memiliki ‘rasa’ dan budaya orang kulit putih dengan lokasinya yang hampir dengan negara kita.
Antara bandarnya yang menarik untuk dilawati tentulah Melbourne! Terlalu banyak tempat best di Melbourne untuk dilawati.
Salah satu perkara yang best di Melbourne adalah terdapat banyak kedai makan halal di sana. Ini adalah 5 tempat makan halal terbaik di Melbourne:
1. Blok M Express
Kedai makan halal ini menyediakan masakan halal Indonesia seperti Nasi Ayam Penyet. Blok M Express ini terletak berdekatan dengan spot cantik seni jalanan di Little Bourke Street.
Alamat: 80 Little Bourke St, Melbourne VIC 3000, Australia
Waktu Operasi: Isnin – Rabu, 11am to 9pm, Khamis – Ahad, 11am to 10pm
2. PappaRich
Papparich agak terkenal sebagai tempat makan halal di Melbourne. Anda boleh lihat pengunjung sanggup beratur panjang untuk mendapat tempat makan di Papparich!
Bila anda dah lama berada di Melbourne dan mula rasa rindu dengan makanan halal Malaysia seperti nasi lemak, satay dan roti canai dan segelas teh tarik, datang terus ke PappaRich, yang terletak di QV Square. Hanya 15 minit berjalan kaki dari Victoria Market.
Alamat: QV Building, Level 2, Shop 11, 11 Little Lonsdale Street, Melbourne VIC 3000
Waktu Operasi: 10:30am – 11pm (Sunday to Thursday), 10:30am – 12:30am (Friday and Saturday)
3. CBD Kebabs
Kebab halal yang paling sedap di Melbourne ada di Flinders Street / Spencer Street dan luangkan masa anda 2 minit berjalan kaki ke CBD Kebabs untuk salah satu makanan ringan Halal terbaik di Melbourne!
CBS Kebabs juga menyediakan pelbagai masakan halal yang sedap seperti Lamb Kebab, Falafel dan lain-lain.
Memang padu beb!
Alamat: 2/546 Flinders St, Melbourne VIC 3000, Australia
Waktu Operasi: Isnin – Khamis, Ahad, 11am – 2am, Jumaat – Sabtu, 11am – 5am.
Harga Makanan: $10 hingga $20.
4. Nelayan
Restoran ini menyajikan hidangan tradisional Indonesia halal seperti rendang daging lembu dan bakso. Jika anda sedang mencari makanan yang murah dan enak, Nelayan adalah untuk anda!
Alamat: 265 Swanston Street, CBD, Melbourne, VIC.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 11am – 9pm.
5. Dolan Uyghur Food Heaven
Terkenal dengan pelbagai jenis masakan Asia, restoran Dolan Uyghur Food Heaven menyediakan menu yang confirm akan memuaskan selera anda.
Antara hidangan popular mereka di sini ialah Lamb Noodles, Spiced Cumin Lamb Skewer dan banyak lagi menu yang boleh anda cuba di sini!
Alamat: Dolan Uyghur Food Heaven, Little Lonsdale Street, Melbourne
Waktu Operasi: 11.30 pagi – 10 malam (setiap hari)