Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Umur 19 Tahun Beli Rumah Cash RM300,000, Masya Masyitah Cerita Sebabnya

Nama penyanyi Masya Masyitah kian meningkat naik selepas muncul sebagai juara dalam Ceria Popstar musim kedua di bawah bimbingan Hazama pada 2014.

Penyanyi ini kemudiannya membabitkan diri bidang seni dan beliau dikatakan gemar menabung sejak kecil.

 Beli rumah berharga RM300, 000 secara tunai

Hasilnya, penyanyi Masya Masyitah berjaya membeli rumah berharga RM300,000 secara tunai pada tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

When you miss someone 🥰… But then u remember what they did to you 😡

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi berusia 20 tahun itu bersyukur dapat memiliki rumah sendiri selepas menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sejak kanak-kanak.

Beli rumah secara tunai pada usia 19 tahun

PENYANYI Masya Masyitah mendedahkan dia berjaya membeli rumah secara tunai bernilai RM300,000, pada tahun lalu ketika berusia 19 tahun.

Malah Masya, 20, yang berasal dari Kulim, Kedah ditemui berkata keseluruhan wang itu diperolehnya daripada pembabitan serius dalam kerjaya nyanyian.

Saya sudah kumpul duit dari kecil

Menerusi satu video yang dimuat naik di Saluran Youtube penyanyi itu, beliau turut bercerita lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Saya sudah menyanyi sejak kanak-kanak lagi, termasuk banyak menyertai pertandingan nyanyian dianjurkan”.

“Jadi, saya dah kumpul duit dari kecil dan Alhamdulillah, kini dapat beli rumah”, ujar penyanyi ini.

Saya tiada kerja tetap dan penyata gaji bulanan

“Pembelian dibuat secara tunai kerana lebih mudah dan saya tak perlu terikat dengan kadar faedah pinjaman di bank. Apatah lagi, saya tiada kerja tetap yang mempunyai penyata gaji bulanan”.

 

View this post on Instagram

 

Sayanggg.. u jgn risau yerr .. i kluaq jappppp jerr g beli makanan .. 😘

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

“Apapun, saya amat bersyukur sudah memiliki aset sendiri seperti rumah dan kereta, hasil daripada aktif menyanyi selama ini,” katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kereta juga dibeli secara tunai, Masya atau nama sebenar Siti Nur Masyitah Yusoff berkata dia membuat pinjaman bank untuk kenderaan.

Tiada niat untuk menunjuk langsung

Mengulas dirinya yang dikait menunjuk kemewahan apabila berkongsi video dekorasi dan tatarias dalam kediamannya di YouTube. Masya berkata ia sekadar perkongsian buat peminat.

 

View this post on Instagram

 

Through ups and downs, You have me.😊 . Bawal aurora waterproof @risingqueen.co thank you ❤️

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

“Apa yang saya tunjukkan dalam video di YouTube itu hanya perkongsian biasa kepada peminat yang menyokong selama ini. Tidak ada niat nak menunjuk-nunjuk langsung”.

“Bagaimanapun, saya tahu tidak semua yang dilakukan atau ditunjuk kepada umum itu disukai orang lain. Pasti, ada segelintirnya yang akan beri komen negatif,” katanya.

Semoga ia menjadi inspirasi kepada yang lain

Difahamkan, Masya yang baru setahun menduduki kediamannya di Cheras berkata dia membeli kondominium itu kerana mudah baginya untuk lebih aktif dalam kerjaya nyanyian di ibu kota.

 

View this post on Instagram

 

Menu berbuka puasa masya harini Kuih Lapis 😋… haaa kuih yg senang ya amat nk buat .. 😊.. . Selamat berbuka semua ❤️

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

Tinggal bersama ibunya, Masya memberitahu dia memang suka menabung sejak kecil. Katanya, semoga apa yang dilakukan menjadi inspirasi kepada golongan belia lain.

Selain itu, Masya juga popular dengan lagu Halimunan dan terbaharu, Hapus. Semoga kisah ini menjadi contoh kepada yang lain.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.