Seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar barang menarik perhatian pemandu lain ketika berada di atas jalan raya
Beberapa keping gambar rider yang menunggang motosikal tersebut telah tular selepas ia dimuat naik di halaman Facebook Sepet Vtec.
Tarikan pada salah satu pedal kaki
Rata-rata netizen tertumpu kepada rider tersebut, bukan jenama atau motosikal yang diubah suai mahupun barang yang dibawanya tetapi tarikan pada salah satu pedal kaki besinya
Pemuda yang disebut-sebut netizen itu adalah orang kelainan upaya (OKU) yang memakai kaki palsu dan membuat penghantaran di sekitar Melaka.
Rider kaki besi gigih bekerja walaupun OKU
Memetik laporan mStar, pemuda berkenaan, Danial Asyraf Roslan memberitahu, dia mula memakai kaki besi atau sebenarnya kaki palsu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2017.
Lelaki yang berusia 22 tahun itu berkata, motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta, dan kaki kanannya dari paras bawah lutut terpaksa dipotong.
Kaki kanan di bawah lutut hancur saya hancur
“Kaki kanan saya di bawah lutut hancur akibat kemalangan itu. Doktor menasihatkan supaya bahagian tersebut dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak ke bahagian lain”.
“Pada mulanya agak sukar bagi saya meneruskan kehidupan. Tapi saya bersyukur kerana sokongan keluarga memberi semangat untuk bangkit semula,” katanya.
Anak muda tersebut lebih mesra disapa Danial, dia mula bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat untuk perkhidmatan di sekitar Melaka, sejak hampir dua bulan.
Rezeki bergantung pada Tuhan, saya tak putus asa
Pemuda kelahiran Masjid Tanah di Melaka itu bagaimanapun sebelum ini pernah bertugas di sebuah kilang di negeri itu tetapi telah diberhentikan kerja sejak akhir tahun lalu atas sebab-sebab tertentu.
“Rezeki bergantung kepada Tuhan. Kalau ada, adalah. Tapi saya tak putus asa, buat apa saja yang saya boleh lakukan atas sokongan keluarga dan teman-teman rapat”.
“Sama juga macam kerja delivery ni. Kalau ada pelanggan, adalah kerja. Kalau tak ada, saya tunggu di mana-mana sampai ada order sebab kerja ni tak boleh putus asa,” tambahnya.
Ada empat kerja dalam satu masa
Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, selain menjadi penghantar barang, dia turut membuat kerja penghantaran secara sambilan untuk sebuah restoran.
“Pada masa sama, saya buat part time delivery untuk kakak saya yang berniaga susu. Saya juga sedia khidmat runner untuk sesiapa yang memerlukan khidmat penghantaran saya”.
“Kiranya ada empat kerja dalam satu masa. Tapi semuanya bergantung rezeki daripada Tuhan. Kalau tak ada yang ini, mungkin ada yang itu,” tambahnya.
Saya tak putus semangat dan harus fikir ke hadapan
Danial berkata, dia akan terus berusaha selagi boleh dan kudrat yang dikurniakan untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
“Sekarang ni banyak persaingan, ada banyak rider. Tapi saya tak boleh putus semangat sebab kalau mengalah tak dapat apa-apa”.
“Saya harus fikir ke hadapan. Kalau tak buat kerja, bukannya saya boleh dapat duit macam tu saja”.
Walaupun berkaki besi saya cabar diri untuk berusaha seperti orang lain
“Walaupun berkaki besi, saya mahu mencabar diri saya untuk berusaha sebagaimana orang lain dan saya percaya rezeki daripada Tuhan,” katanya.
Semoga Danial terus maju di masa hadapan dan diharap kisah ini menjadi contoh dan teladan kepada kita semua.