‘Slapping Contest’ ataupun Pertandingan Menampar ini merupakan satu sukan yang diadakan di Moscow, Rusia. Sukan yang agak pelik ini melibatkan peserta yang biasanya orang dewasa yang matang menampar muka antara satu sama lain.
Paling terbaru, pertandingan ini telah diadakan pada bulan April tahun ini di dalam satu acara yang dipanggil Ekspo Sarychev Power. Ekspo ini merupakan acara 2 hari yang mempamerkan pelbagai aspek sukan, bina badan dan gusti.
Bagi orang Russia, tiada apa yang lebih patriotisme berbanding tamparan di muka.
Sukan in dipertandingkan dengan cara ‘knock-out’ di mana dua orang peserta akan berlawan antara satu sama lain. Mereka akan terus menampar pihak lawan secara bergilir-gilir sehingga salah seorang peserta menyerah kalah.
https://www.youtube.com/watch?v=8nUiC5RrI_A
Pertandingan ini biasanya dimulakan dengan ‘O-som’ ataupun Gunting-Batu-Kertas untuk menentukan siapa yang akan mula menampar dahulu. Walaupun nampak sangat perit dan pedih, peserta dilihat sangat bersemangat untuk memenangi pertandingan ini.
Hadiah yang ditawarkan untuk pemenang adalah wang tunai 25,000 Rubles ataupun RM1,500. Rasanya kalau pertandingan ini ada di Malaysia, adakah anda sanggup ditampar sekuat hati berkali-kali untuk RM1,500?