Connect with us

Viral

“Sekarang dia dapat lihat Rania pakai gaun ‘dari jauh’..” Luahan Sebak Suami Rindukan Memori Bersama Isteri

Pemergian orang tersayang pastinya sukar untuk diterima, lebih-lebih lagi jika pasangan sehidup semati.

Seperti yang dikongsikan oleh suami ini, Azlan Adnan menukilkan satu perkongsian khas buat Allahyarhamah isterinya yang sudah meninggal dunia.

Awak baikkkkkk sangat di mata kami

Orang yang betul2 kenal aku & dia. Tahu apa sebab aku terlalu sygkan “dia”. Sebab dia dah banyak berkorban untuk kami anak beranak.

Bukan tak boleh move on. Cuma aku tak nak memori ni ilang mcm tu saja. Hidup kami dah moving forward pun. Alhamdulillah happy together.

Kami pernah susah

Sepanjang susah, dia tak pernah nyenyak lena untuk pujuk tunggu suami dia dapat tidur. Dia tahu dia tak dapat nak bantu suami dia.

Tapi dia tetap nak sama-sama termenung ngadap dinding sama2 dgn suaminya yg bengong.

Sekarang ni. Setiap kali dapat makan terhidang atas meja makan, mesti terngiang2 suara dia.

“Abg dah makan….”

“nak makan apa-apa tak”

“nak syg masak kan apa2 tak”

Dia tak pernah biar aku tidur “berlapar”. Rindu wehhh!! Nak dengar suara tu. Dalam hp tak ada rekod nada dia cakap ayat tuuu.

Pernah sekali duit dlm akaun kena tipu dengan sekor “malaun”, pd hal duit tu juga la tutup segala penipuan dia. Duit tu juga nk beli brg dapur dan segala bil.

Dengan tenang dia kata.

“Ambil la gelang atau duit tabung haji syg.. nanti dah ada duit, boleh ganti semula “

Dia Sahabat Yang Sentiasa Ada Time Aku Kesusahan

Dan kalau bercerita psl duit. Dia selalu pesan dan banyak kali pesan.

“Boleh tak abg jangan kesian kn org2 mcm ni lagi…. dah berapa kali abg terkena. Tak serik2 ke..”

Sekarang Bila time dpt rasa senang sikit Dia dah tiada.. Beli apa pun, terfikir nak beli pun boleh rasa ada nak nangis

Sebab.. Kalau dia ada, mesti dia orang yg paling happy. Tapi tu semua dah kata kosong untuk sedapkan hati. Pernah aku tetiba menangis kt tesco.

Semata2 ternampak skirt baby. Sebab dia teringin sgt nk tgk rania pakai gaun
Sekarang dia dapat lihat setiap masa rania pakai gaun “dari jauh……”

27hb November ni Genap 5 tahun perkahwinan

Dapat hidup sama cuma 4 tahun je. Memang rasa sekejap dpt bermanja bergaduh dgn dia
Kejap sgt. Seolah2 Tuhan hantar dia utk sementara.

Semata2 untuk hantar anak kecil yang namanya “Ammar & Rania” ke dunia untuk aku jaga didik anak dia sebaik-baiknya.

Nak tahu “dia” mcm mana. Lihat Ammar. Cara cakap dia, merajuk pendam hati dia, senyum dia, cara nangis dia tak ada suara. Sebiji ibu.

Nak tahu aku mcm mana, lihat Rania. Dua2 ni Di marah la mcm mana pun Tetap di peluk cium pujuk bg kata nasihat.

Bangkit bgn.. mesti akan sambung gembira. Tetap akan sebut.

“Babah tak marah kan”.

Macam ibu gaduh mana pun “kalah” ibu kalau abah peluk pujuk. My family rules gaduh masam muka boleh tapi jangan lebih 24 jam atau sebelum tidur mesti kasi settle.

Takut bangun, salah sorang pergi dulu mesti tak sempat nak minta maaf.

Selalu dia pesan, abang kalau bab family, time kerja tetap abang boleh buat kerja mcm biasa masa kt office.

“Tapi kenapa ea kalau bab kerja suka fikir sampai ke rumah”.

Aku jem bila dia sebut ayat tu. Diam je tanpa cakap apa-apa. Aku cuma mampu kata dalam hati apa aku buat ni untuk kemudahan hasil pencen “masa tua kita nanti”.

At last aku akan pencen berseorangan dengan anak-anak. Itupun kalau sempat umur ni merasa saat “pencen”.

Pada korang yang terasa nak bercerai, atau nak pasang lagi sorang. Pesan aku, yang pertama itulah yang terbaik.

Yang kedua & seterusnya belum tentu akan dapat bagi guarantee yang dia akan lebih baik yang pertama.

Kau suami kau yang harus corakkan cara mana kau nak create “bahagia”. Rasa bahagia tu milik kita.

Usaha untuk dapatkan berdua bersama. Ingat masa mula-mula kenal bercinta. Sweet kan? Tak percaya pi tanya yang dah kawen 2,3.

Mesti yang pertama akan jadi memory. Tak pernah terlambat untuk kita taut semula apa yang pernah kita lalui bersama. Sementara masanya masih ada.

Pada yang pernah berhutang merayu la untuk bayar sekalipun.

Deana dah tak ada. Rezeki yang tak dipulangkan tu rezeki Deana & anak-anak. Cari la di “padang” sana selama mana hidup pun kau tetap akan rasa “susah”.

Hal rezeki abah selalu ucap dalam hati , abah cuma menumpang rezeki Ammar Rania aje sekarang ni.

Dulu ada ibu banyak abah dapat menumpang. Sekarang, bila Ammar Rania abah menumpang rezeki korang abah cuma menumpang.

Lagi 2 bulan genap setahun aku uruskan Ammar Rania berseorangan di rumah.

“Sabar tuan-tuan. Bukan tak fikir. Tapi terasa hidup ni lengkap bila kami bertiga”.

Perkahwinan yang kau tanyakan tu bukan semudah baca Alif Ba Ta atau ABC masa tadika. Tapi hidup bertiga kami rasa bahagia.

Sesekali jumpa tecer, mak sedara, kawan-kawan yang boleh pinjam manjakan sekejap Ammar Rania. Dah syukur Alhamdulillah. Sekejap je masa.

Alhamdulillah, walaupun terlalu banyak perkataan “kesian” aku bisik dalam hati bila lihat anak-anak tidur setiap malam.

Aku berjaya habiskan untuk hari tu untuk besarkan mereka berdua. Esoknya sambung satu hari lagi. Abah akan cuba buat yang terbaik. Macam tu lah abah akan janji.

Sampai abah pula yang pergi. Abah sayang sangat Ammar Rania. Sumpah!!

Teringat masa seminggu Diana pergi, Rania demam panas.

Ammar nak berdukung bermanja macam biasa. Aku terus jem waktu tu memang ini bukan kali pertama aku berjaga malam untuk jaga anak demam tapi hati ni duk kenangkan apa akan jadi esok hari.

Tapi entahlah mana datang kekuatan untuk hidup seperti biasa. Seolah-olah buat seperti tak ada apa-apa yang berlaku.

Aku terasa dia bercuti panjang balik ke kampung dengan harapan pujuk dalam hati, “semua ni cuma mimpi semata”.


Walaupun aku tahu ini bukan mimpi sebab aku dan ammar sendiri lihat dia masuk ke liang lahad. Itulah yang terakhir kami nampak ibu. Dia tak kan balik semula lagi.

Dari jauh babah lihat Ammar Rania anak yang kuat.

Sebenarnya korang yang kuat. Bukan babah babah cuma kuat sebab korang berdua. Tapi yang paling berharga & hikmah paling besar sekali.

Aku dapat lihat anak-anak membesar depan mata segala luka lutut, parut abah boleh ceritakan satu-satu bila Ammar Rania dah besar nanti.

One day Ammar Rania mesti bangga bila orang bercerita pasal ibu. Sama macam mana babah bangga sebak dengar orang cerita pasal ibu.

Suara dia senyum dia gerak badan dia. Lembut je orangnya. Kalau lah syurga tu untuk kita. Orang pertama yang abah cari selepas masuk syurga adalah “dia”.

Nota Tambahan: Bab bercerita pasal perkahwinan ke-2 doa lah yang baik-baik untuk kami. Rajin korang baca aku bebel ni kan. Nak buat permintaaan boleh?

Bukan permintaan tuju lagu Nak minta sama-sama hadiahkan Al-fatihah untuk Nordiana binti Bidin.

Terima kasih sangat-sangat. Semoga di angkat segala dosa-dosanya dilapangkan & kuburnya terang.

Dan ditempatkan di kalangan para solehin. Dia isteri solehah kiriman Tuhan buat kita. Redha untuk dia dari saya sebagai suami.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.