Connect with us

Viral

Guru Cuai, Murid Tadika Nyaris Lemas

Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun hampir lemas selepas pelampungnya terbalik dan berada dalam air lebih kurang dua minit di utara barat China, lapor Daily Mail.

Dua gurunya yang ketika itu sedang menguruskan kanak-kanak lain tidak menyedari kejadian itu berlaku walaupun berada dalam jarak yang dekat.

Mereka yang berada di luar kolam terkejut melihat keadaannya yang terbalik dan tidak bergerak sebelum berjaya mengeluarkan mangsa.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa menggunakan pelampung dalam kolam bersama dengan sembilan lagi rakan sekelasnya yang lain.

Walaubagaimanapun, kepala mangsa berada di dalam air secara tidak sengaja akibat terbalik ke arah belakang.

Selepas hampir setengah minit tidak sedarkan diri, barulah guru lain menyedari keadaannya lalu mengeluarkan mangsa dari kolam itu dengan keadaan mangsa tidak bernafas dan mukanya bertukar biru.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital dan doktor berjaya menyelamatkan mangsa. Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi warga netizen yang rata-ratanya dari kalangan ibu bapa.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.