Connect with us

Viral

[VIDEO] Ibu Sebak Terima Kejutan Kek Duit, Hadiah Dari Anak-anak Di Perantauan

Pastinya bukan mudah aapabila perlu berjauhan dengan ibu bapa tersayang, namun ia tetap perlu dihadapi dengan tabah bagi mencari rezeki, ilmu atau kerjaya yang lebih baik.

Apa lagi dalam keadaan pandemik ketika ini, sudah tentu ramai yang masih tidak boleh pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan ibu bapanya.

Namun begitu, setiap orang mempunyai cara yang tersendiri bagi menghargai kedua ibu bapa mereka.

Seperti dengan seorang gadis ini yang memberikan kejutan hari jadi kepada ibunya walaupun berada jauh diperantauan.

Mungkin ia dianggap biasa sahaja, namun ia merupakan satu kejutan yang paling bermakna untuk seorang ibu.

Menerusi videonya yang telah tular di TikTok, Sitinorameera bersama adik beradiknya yang lain membelikan kek hari jadi yang turut dilengkapi dengan duit.

 

Walaupun Ameera dan adik-beradiknya yang lain hanya mampu melantunkan lagu selamat hari jadi melalui panggilan video, namun ‘sambutan’ itu dilihat meriah dan bermakna bagi mereka.

Ketika ibunya menarik beberapa helaian duit RM50, dia kelihatan sebak. Mungkin terharu dengan kegigihan anak-anaknya yang tetap membuat kejutan untuknya walaupun tinggal berjauhan.

Setakat ini, video tersebut mempunyai sebanyak 1.1 juta tontonan di TikTok.

@meerarararararaTangisan kegembiraan buat mama harini ❤️ . ##fypシ♬ A Thousand Years – Danny Wrights

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sebak dengan video itu dan juga berharap agar mampu melakukan sedemikian pada ibu bapa masing-masing.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.