Beberapa hari lepas tular di media sosial video seorang remaja lelaki melempar seekor kucing demi konten.
Ianya mengundang kemarahan netizen dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap remaja tersebut.
Menerusi video Tik Tok tersebut, remaja lelaki berbaju putih melempar seekor kucing tanpa sebarang rasa bersalah, sambil dirakam oleh salah seorang rakannya.
Kucing yang malang itu dilihat melambung tinggi dan tidak diketahui bagaimana keadaannya selepas itu.
Di media sosial, netizen mengecam perbuatan remaja terbabit dan menurut siasatan netizen, suspek berasal dari Puruk Cahu, Kalimantan Tengah, Indonesia.
Video lempar kucing
Video tersebut turut menarik perhatian pihak polis yang kemudian menjalankan siasatan dan memberkas remaja berkenaan pada malam Sabtu, 16 Januari 2021.
Ketika diberkas, remaja itu menangis dan memohon maaf di atas perbuatannya serta berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu.
Video menangis ditahan polis
Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai untuk menjaga tingkah laku dan tidak menyalahgunakan media sosial untuk tujuan yang tidak baik semata-mata untuk meraih like dan share.
“Polis telah memberkas suspek dalam kes video lempar kucing untuk siasatan dan tindakan lanjut.
“Diharapkan masyarakat lebih bijak dalam menggunakan media sosial dan tidak melakukan hal-hal yang merugikan diri sendiri mahupun orang lain,” kata jurucakap polis.
Rata-rata netizen berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa dan mengharapkan kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi.