Connect with us

Viral

[VIDEO] “Jijik!!” Pelanggan Malas Turun, Rider Terpaksa Redah ‘Flat Sampah’ Hantar Makanan

Setiap orang pastinya mengimpikan untuk mempunyai rumah yang besar, cantik dan paling penting sekali bersih.

Bukan sekadar di dalam rumah, ruang persekitaran di luar juga perlu dijaga dengan sebaik mungkin.

Walau bagaimanapun, satu klip video yang dikongsi seorang rider penghantar makanan, dikenali sebagai Danial, membuatkan netizen berasa geli dan jijik.

Video tersebut telah dikongsi di laman TikToknya dan menjadi trending.

Berdurasi hampir 20 saat, kandungan video itu menceritakan pengalamannya menghantar makanan di sebuah rumah flat.

Namun, menurutnya ketika kejadian pelanggannya meminta supaya dia naik ke atas bagi menghantar makanan tersebut.

Tetapi setelah menjejakkan kaki memasuki pangsapuri itu, dia terkejut melihat keadaan sekeliling pangsapuri itu yang penuh dengan sampah.

Tambahan pula, sampah itu seolah-olah sampah yang telah dilempar dari tingkat atas. Apa yang lagi menyedihkan apabila dia terpaksa menggunakan tangga kerana keadaan lif yang rosak.

Lebih menggelikan di sudut tangga juga, dipenuhi dengan sampah-sampah terbiar.

Mendapat lebih 50k tanda suka, video tersebut meraih ratusan komen. Menerusi ruangan komen rata-rata netizen ‘jijk’ melihat kawasan tersebut yang penuh dengan sampah.

“Sebagai penghantar makanan, aku pun tak tahu macam mana nak naik flat ni. Bila suruh pelanggan turun dia berkeras suruh naik.”

@hibatullahdanialtanpa hashtag konfem fyp 🤣

♬ original sound – Hibatullah Danial

“Disebabkan malas bertekak aku pun naik tangga sebab lif rosak,” tulis rider berkenaan dalam video tular itu.

Malahan, ada juga netizen yang memberikan cadangan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan berhubung kes ini.

“Bayangkan balik kerja penat-penat kena hadap benda ni. Rosak otak dibuatnya.

“Ini flat ke kandang? Bila lah orang flat ni nak buat gotong-royong? Kotor sangat dah tu.

“Tak masalahnya betul ke dia hantar (makanan) tu dekat manusia?” soal seorang lagi netizen secara sinis.

Walau bagaimanapun beberapa netizen di ruangan komen mendakwa penduduk flat itu dipercayai majoritinya warga asing.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.