Connect with us

Viral

[VIDEO] Marahkan Majikan, Pekerja J&T Baling Barang Pelanggan

Satu klip rakaman video memaparkan sekumpulan pekerja syarikat kurier bertindak membaling barangan di sebuah gudang tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi sudut video itu dirakamkan, kelihatan jelas seorang pekerja membaling bungkusan-bungkusan barangan, selain disambut teriakan beberapa kakitangan lain seperti meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu.

Dalam video berdurasi 15 saat yang mula tersebar di garis masa Twitter itu, dan berdasarkan maklum balas yang berangkai-rangkai di media sosial, kakitangan syarikat berkenaan dipercayai bertindak sedemikian sebagai ‘isyarat’ kepada pihak pengurusan selepas tidak berpuas hati dengan soal komisyen dan gaji.

Walau bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Susulan kejadian tersebut, rata-rata warganet meluahkan pelbagai reaksi termasuk mengatakan tindakan kakitangan syarikat itu membaling barangan pelanggan disifatkan sebagai tidak wajar.

Namun, segelintir mereka berharap syarikat kurier itu boleh menyelesaikan masalah gaji dengan segera, sekali gus tidak menganiaya kakitangan mereka.

Sementara itu, sebuah lagi video tular mendakwa kejadian berlaku di cawangan syarikat itu di Perak.

Menerusi video berkenaan kelihatan longgokan ‘parcel’ di gudang berkenaan yang masih belum dihantar kepada para pelanggan.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dibuat oleh syarikat itu berkaitan insiden tersebut.

Tinjauan di laman Facebook rasmi syarikat itu, sekadar terdapat satu muat naik dibuat pada tarikh 5 Februari yang menyatakan tentang hal operasi mereka pada Tahun Baru Cina dan juga hal kelewatan penghantaran.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.